HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Mei 2017

Racun Pemikiran DAP Punca Pergaduhan Kaum – Chong Choon Hau






 Ajaran DAP yang meracuni pemikiran masyarakat Cina bersikap biadap dan tidak menghormati kaum lain merupakan punca pergaduhan kaum di negara, kata Chong Choon Hau.


Chong berkata insiden pemandu Cina yang membunyikan hon bertalu-talu tanpa henti ketika jemaah masjid sedang solat di masjid Austin Perdana, Johor Bharu semalam membuktikan masyarakat bukan Melayu tidak faham sensitiviti umat Islam.



Kenyataan Chong Choon Hau :
Kepada kawan-kawan yang berbangsa Cina, jika anda mahukan Malaysia yang lebih baik dan aman anda perlu tinggalkan DAP. Kerana DAP lah punca kepada perbalahan kaum di Malaysia.
Mainan DAP membuatkan orang Melayu pandang-pandang orang Cina dan orang Cina jeling-jeling melihat orang Melayu. Apabila terlalu lama sangat pendam, pandang-pandang dan jeling-jeling, bila meletup maka terjadilah seperti semalam.
DAP bukan membawa perjuangan ‘Malaysia for Malaysian‘. Tetapi DAP cuba membawa perjuangan ‘Malaysia for Chinese‘. Di mana itu sangat merbahaya dan boleh mencetuskan rusuhan kaum yang lebih teruk.
Beberapa hari lagi 13 Mei akan datang. Di mana tarikh yang kita semua tidak suka. Tarikh yang meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan kaum di Malaysia.
Kenapa terjadinya 13 Mei ?
Juga kerana DAP….
Sejak 1957 UMNO dan rakan-rakannya seperti MCA dan MIC dapat hidup dengan rukun dan damai. Maknanya Melayu, Cina dan India dapat hidup dengan baik. Melayu pun tak kisah untuk memberikan kerakyatan kepada rakan-rakan mereka yang datang dari negara lain. Melayu sanggup berkongsi bersama-sama untuk membangunkan negara tercinta ini.
Tetapi bila lahirnya DAP pada tahun 1966, rasa tidak puas hati antara kaum mula tersemai di negara ini. Benih-benih perkauman yang disemai oleh DAP itu mula membuahkan hasil pada 1969. Di mana tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei.
Sejarah telah membuktikan kita semua dapat hidup rukun dan damai tanpa DAP.
Tolak DAP Malaysia akan lebih makmur.

Tiada ulasan: