HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Mei 2017

Rakyat Yakin Dgn Wan Azizah Sebagai PM Sementara

 Suara Kebenaran




Sejak merdeka, negara ini belum pernah diperintah seorang Perdana Menteri wanita, apatah lagi yang bersifat sementara.  Kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14 nanti, disusuli dengan perlantikan Datuk Sri Wan Azizah sebagai Perdana Menteri sementara bagaimanapun, akan mengubah sejarah tersebut.

Wan Azizah akan mengisi jawatan Perdana Menteri sementara sehingga Datuk Sri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Menurut sumber dalam PKR, pelan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke 7 Malaysia adalah seperti berikut:-
  • Pakatan Harapan mengalahkan BN dalam PRU14
  • Datuk Sri Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sementara
  • Pembentukan barisan kabinet baru kerajaan Malaysia termasuk perlantikan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri yang kita menang.
  • Menghantar permohonan kepada DYMM Yang Dipertuan Agung supaya Anwar mendapat pengampunan diraja.
  • Pengampunan diperolehi
  • Kerusi Parlimen Lembah Pantai dikosongkan untuk membolehkan Anwar bertanding.  Jika Anwar kalah (yang mana mustahil), kerusi parlimen Bandar Tun Razak pula akan dikosongkan.
  • Anwar menang, Wan Azizah meletakkan jawatan
  • Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri – tiada rombakan kabinet
  • Wan Azizah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan salah seorang anak Anwar akan bertanding disitu.
Begitulah caranya bagaimana Anwar akan menjadi Perdana Menteri.  Jika dilihat, tidak ada sebarang penyalahgunaan sistem undang-undang seperti mana yang dituduh UMNO.  Segalanya mengikut prosedur dan selari dengan undang-undang.

Tiada ulasan: