HALAMAN SANTAI

Ahad, 14 Mei 2017

Sekotak rokok berharga RM21.80?

THE MALAYSIAN INSIGHT
Sekotak rokok berharga RM21.80?
Peningkatan harga rokok boleh mengelakkan 1.3 juta kematian pra matang berkaitan tembakau. – Gambar EPA
 
SATU kajian dilaksanakan Kementerian Kesihatan dan Universiti Putra Malaysia tentang cukai tembakau mencadangkan harga purata sekotak rokok sepatutnya dinaikkan sehingga RM21.80.

Kajian itu mengatakan 60% peningkatan cukai eksais boleh menjana pendapatan sebenar cukai eksais sebanyak RM6.3 bilion setahun.

“Kajian ini menjangkakan sekiranya kerajaan menaikkan cukai tembakau sehingga 73% harga runcit purata rokok, Malaysia mampu mengurangkan kadar perokok sehingga 15% menjelang 2025.

“Ia juga akan mengurangkan jumlah perokok sehingga 2.6 juta menjelang 2055 dan mengelakkan hampir 1.3 juta kematian pra matang berkaitan tembakau,” ketua kajian Dr Norashidah Mohamed Nor dipetik berkata dalam New Sunday Times.

Katanya, ini memerlukan peningkatan cukai tembakau sehingga 163%.

“Sekiranya cukai ini dpindahkan kepada pengguna, harga purata rokok akan meningkat daripada RM17 kepada RM29.40 atau peningkatan sebanyak 73%. Bagaimanapun, sekiranya kita meningkatkan cukai lebih daripada 60%, ia akan menjana pendapatan sebanyak RM4 bilion.

“Sebagai ahli ekonomi, kami melihat semua pilihan yang ada. Untuk mencapai matlamat pengurangan jumlah perokok dan meningkatkan pendapatan, peningkatan cukai eksais 60% ialah kadar optimum.”

Tiada ulasan: