HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Mei 2017

Skim pembodohan oleh pemimpin, penyokong DAP

Oleh Dr Kamarul Zaman Yusuff


Begitu terdesaknya DAP mahu mempertahankan Hannah Yeoh boleh dilihat dari tindakan portal berita mengeluarkan rencana seorang pengerusi DAP cawangan.
 
 
Kamarul-Zaman-Yusoff

 
Disebabkan saya telah membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh, dan saya sendiri telah dihubungi untuk memberikan keterangan, saya tidak akan memberikan komentar lanjut ke atas isu ini untuk tidak menjejaskan siasatan. Eloklah kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak polis untuk menentukan sama ada laporan saya mempunyai merit ataupun tidak.

Walaupun begitu, secara logiknya, jika komentar peribadi bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP” yang dimuatkan di dalam Facebook saya pada 10 Mei lalu dan laporan polis saya pada 17 Mei lalu adalah tidak berwibawa, mengapa pula ia mendapat reaksi yang sangat keras dari banyak pihak, khususnya pemimpin tinggi DAP sendiri?

Seperti dimaklum, beberapa orang daripada mereka mempertikaikan tahap kecerdikan saya dan mengaitkannya dengan kualiti universiti tempat saya berkhidmat mahupun universiti tempatan lain. Ada juga yang melabelkan saya sebagai ekstremis dan mengaitkannya dengan kesesuaian saya untuk berkhidmat di universiti. Ini telah saya nafikan.

Begitu terdesaknya DAP mahu mempertahankan Hannah Yeoh boleh dilihat dari tindakan portal berita MalaysiaKini dan FreeMalaysiaToday mengeluarkan kenyataan entah dari siapa untuk membunuh karakter saya dan untuk membela Hannah Yeoh. Paling melucukan adalah rencana pengerusi DAP cawangan pun boleh diangkat sebagai berita besar.

Rencana Pengerusi DAP Cawangan USJ, Subang Jaya, bernama Nor Miswary Ramli ini disiarkan oleh portal berita MalaysiaKini di bawah tajuk “Skim pembodohan oleh Kamarul”. Walhal hakikat sebenarnya pemimpin tinggi DAP dan penyokong merekalah yang sedang melakukan skim pembodohan dalam usaha mereka untuk membela Hannah Yeoh.

Contoh paling nyata mengenai skim pembodohan pemimpin tinggi DAP dan penyokong mereka adalah kenyataan mereka bahawa berdasarkan laporan polis saya ini maka bahan keagamaan, termasuk Bible, juga perlu diharamkan walhal tiada sepatah pun di dalam laporan polis saya ini ayat yang menggambarkan saya mahu buku Hannah Yeoh diharamkan.

Sebagai contoh adalah pertanyaan dan kenyataan berikut:

Pertanyaan Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang: “Will he next call for the banning of the Bible?”

Kenyataan naib pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok: “This is dangerous, one day he might lodge police report against Bibles or any religious materials sold in the bookshop.”
Kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad:

“Ikut hujahnya tak boleh ada apa-apa buku tulisan mengenai agama lain yang dijual di Malaysia.”
Saya tidak faham mengapa pemimpin sebodoh Lim Kit Siang, Teresa Kok dan Khalid Samad boleh menjadi pemimpin tinggi parti mereka. Buku tulisan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, bertajuk “The Long Awakening” juga mengandungi banyak ajaran Kristian, tetapi saya tidak membuat laporan polis ke atasnya kerana ia hanya dijual di kedai buku Kristian.

Jelas terpapar di portal berita NST Online bertajuk “University lecturer lodges report against Hannah Yeoh over proselytization claims” pada 17 Mei lagi kenyataan saya bahawa buku Hannah Yeoh sepatutnya tidak dijual di rak terbuka tetapi dijual di rak Kristian supaya pembeli akan tahu buku ini adalah buku yang ada kaitan dengan ajaran Kristian.

Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan jualan apa-apa bahan keagamaan, termasuk Bible, di rak Kristian kerana kita sedia tahu itu adalah bahan keagamaan. Apa yang mendatangkan masalah kepada saya adalah tindakan menipu dengan menyatakan buku ini hanyalah mengenai kisah peribadi sedangkan ia sebenarnya mengandungi ajaran Kristian.

*  Dr Kamarul Zaman Yusuff adalah pensyarah Universiti Utara Malaysia

Tiada ulasan: