HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Mei 2017

Speaker DUN Pulau Pinang tunduk kepada desakan - PAP

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menolak usul agar Menteri Besar negeri itu, Lim Guan Eng untuk bercuti seketika menunjukkan Datuk Law Choo Kiang tunduk kepada desakan pihak tertentu dalam membuat penilaian.
 
Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Ishak menyifatkan Law telah gagal untuk bertindak secara profesional seterusnya mengenepikan prinsip keadilan kepada rakyat.
 
“Speaker telah terkhilaf dalam menolak usul berkenaan kerana gagal memahami definasi diantara ‘hilang kelayakan’ dan ‘digantung atau bercuti sementara waktu’ sehingga dimuktamadkan prosiding perundangan kes rasuah yang dihadapi oleh Ketua Menteri.
 
“Perlu dijelaskan bahawa tiada sebarang imuniti khas terhadap seorang Ketua Menteri jika terdapat usul untuk digantung atau bercuti sementara waktu atas fakta serta kemudaratan yang boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan kepada Antarapos.
 
Malah, Rahmad juga berpendapat bahawa Law takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga sanggup mengepikan amanat rakyat Pulau Pinang apabila usul itu ditolak.
 
“Penolakkan usul berkenaan diluar konteks definisi sebenar dilihat sebagai memperlekehkan mandat dari rakyat serta lebih kepada  satu keputusan takut pada bayang-bayang sendiri.
 
“Tambahan pula usul berkenaan telah ditolak lebih awal daripada hari persidangan DUN,” ujarnya lagi.
 
Hari ini, sidang DUN Pulau Pinang tegang apabila wakil Barisan Nasional (BN) membantah keputusan Speaker yang menolak usul menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng bercuti sementara menunggu perbicaraan kes rasuahnya selesai.
 
Ketegangan tercetus apabila, Datuk Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) tidak berpuas hati dengan penjelasan, Datuk Law Choo Kiang berhubung perkara itu selain mendakwa jawapan bertulis speaker membabitkan penolakan usul berkenaan juga tidak dinyatakan dengan jelas.
 
Terdahulu, Choo Kiang berkata usul berkenaan ditolak kerana perkara itu sudah termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Kerajaan Negeri termasuk kes membabitkan prosiding mahkamah, disabit kesalahan atau dalam tempoh rayuan

Tiada ulasan: