HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Mei 2017

SPR talian Umno-BN berkuasa





Oleh; KHAIRUL AZLAM MOHAMAD 
 
 

 
KUALA TERENGGANU: Pemerintah Umno-BN diramalkan banyak pihak bakal tumbang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kali ini. Sokongan rakyat umum kepada Umno-BN di bawah kepimpinan Perdana Menterinya, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak semakin merudum dan merosot.

Justeru, satu-satunya tali hayat kepada Umno-BN untuk terus kekal berkuasa selepas PRU14, adalah melalui manipulasi serta penipuan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS (JPP) Negeri Terengganu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Ustaz Arifin Deraman berkata, barubaru ini timbul satu isu (Terengganu) semasa tempoh bantahan dan menjadi rutin SPR sebelum ini membekalkan senarai nama pemilih itu kepada parti-parti politik.

Kata beliau senarai pengundi yang didaftarkan antara Januari hingga Mac untuk suku pertama, dan sepatutnya, diberikan senarai nama itu kepada mana-mana parti politik dengan sekeping cakera padat supaya senang untuk diakses dan proses data itu.

“Tiba-tiba SPR telah mengistiharkan tidak lagi dibekalkan senarai nama dan cd itu kepada semua parti-parti politik. SPR ini semakin terkebelakang dalam tindakan tersebut.

“Persoalannya, apa masalah kepada parti-parti politik hingga tidak boleh dibekalkan data tersebut?

Sebab proses pendaftaran  Arifin menziarahi seorang warga emas di kawasannya di Alur Limbat yang dibuat oleh SPR selama ini adalah proses yang sememangnya telah ‘Establish’ sejak dari dahulu lagi bekalkan cd ini.

“Pertama sekali dibekalkan data induk iaitu Daftar Pemilih Induk (DPI). Kedua, Rang Daftar Pemilih Tambahan. Biasannya, DPI itu dibenarkan kita (parti politik) membelinya dengan SPR pada bila-bila masa.

“Tujuannya untuk pengamatkan mana-mana parti politik. Rang Daftar Pemilih Tambahan pula setiap suku dikeluarkan bertujuan untuk semakan. Contohnya, jika tidak masuk nama pemohon kita boleh buat tuntutan dan jika ada keraguan pada nama daftar pemilih baharu pun kita (Dun) boleh buat bantahan.

Kata beliau, jika tidak dibekalkan ianya menyusahkan partiparti politik untuk membantu SPR untuk membuat bantahan sekiranya ada bantahan tersebut. Bagi beliau, timbul persoalan di sini seolah-olah ada satu ‘permainan’ di belakang tindakan SPR itu.

“Adakah data dan maklumat ini Umno-Barisan Nasional dan semua parti komponen dia (BN) juga tidak dibekalkan data ini.

Saya bimbang jika Umno minta, kerajaan BN minta SPR boleh beri sebab atas nama kerajaan.

“Contohnya, Menteri Besar Terengganu (Dato’ Seri Ahmad Razif) sendiri yang minta data ini adakah SPR juga tidak berikan kepada kerajaan? Tapi pada kita (PAS) menyusahkan,” tegasnya.

Oleh kerana, pilihan raya (PRU14) semakin hampir, beliau yakin pihak kerajaan Umno dan BN mereka melakukan pemindahan pengundi untuk memenangkan Dun-Dun mereka.

“Contohnya, yang berlaku sekarang ini di Dun Ladang berlaku kemasukan luar biasa. Iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Mohd Sabri Alwi atau dikenali ‘mat kerak’.

“Dia asalnya pengundi di Dun Batu Burok dan apa alasan dia serta ahli keluarganya pindah (mengundi) ke Dun Ladang. Pada suku keempat dahulu (Oktober- Disember 2016) kita (PAS) buat bantahan.

“Pihak jentera pilihan raya PAS Dun Ladang telah membuat bantahan atas kes Mat Kerak pindah sebab bukan mastautin. Dia pindah (pusat mengundi) dari Dun Batu Burok ke Dun Ladang walaupun rumahnya masih di Dun Batu Burok.

“Apabila SPR panggil untuk siasatan inkuari (perbicaraan awam). Jika dahulunya tidak pernah SPR menyusahkan mana-mana parti politik. Apabila berlaku perbicaraan awam itu terus dipanggil kedua-dua pihak yang membantah dan yang kena bantah di pejabat SPR.

Tetapi tambahnya, sekarang ini peraturan SPR akan menghantar surat kepada pihak yang membantah untuk mengemukakan alasan yang munasabah dan logik mengapa bantahan itu dibuat.

Isu Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang tidak diberi (kepada parti politik) ini contoh yang seterusnya dimana SPR telah menyusahkan mana-mana parti politik.

Tiada ulasan: