HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 Mei 2017

SPRM tahan tiga lagi pegawai ZPP

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan tiga lagi pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan pecah amanah dana projek pembangunan masyarakat agensi berkenaan.
 
Pengarah SPRM negeri, Datuk Abdul Aziz Aban, berkata tiga pegawai lelaki berusia antara 33 hingga 49 itu ditahan, kira-kira jam 4.30 petang tadi, di Pejabat ZPP.
 
"Selain itu, SPRM turut memanggil tiga pegawai ZPP bersama dua lagi individu lain iaitu seorang ahli perniagaan dan seorang kontraktor bagi dirakam percakapan," katanya dalam satu kenyataan.
 
Difahamkan, ketiga-tiga individu itu akan direman esok (Selasa), bagi membantu siasatan kes penyelewengan membabitkan program pembangunan masyarakat Islam Pulau Pinang sejak 2014.
 
Pada 9 Mei lalu, empat pegawai kanan ZPP bersama lapan kontraktor ditahan SPRM Pulau Pinang selepas dipercayai terbabit dalam isu penyelewengan dan pecah amanah dana projek pembangunan masyarakat ZPP.
 
 

Tiada ulasan: