HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Mei 2017

Sukan Sea: Polis jalani latihan hadapi serangan keganasan

 
Ketua polis Kuala Lumpur berkata, latihan amal ex-Rimau 2017 yang diadakan di 4 lokasi itu ialah ujian untuk melihat keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi ancaman keselamatan.


Amar-Singh_sukan-sea_polis_600


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini membuat persiapan menghadapi sebarang krisis dan ancaman keselamatan yang mungkin berlaku sepanjang penganjuran Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 pada Ogos ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, latihan amal ex-Rimau 2017 merupakan ujian untuk melihat keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi ancaman keselamatan.

“Latihan ini telah diarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk melakukan persiapan dan menguji pelan tindak balas polis daerah sebagai ‘first responder’.
 
“Ancaman keselamatan seperti ancaman bom dan juga serangan pengganas. Selain ancaman keselamatan, kita juga ada ujian dan cara menangani situasi seperti sebahagian bangunan stadium runtuh dan menghadapi masalah kesihatan tetamu VIP,” katanya pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Sea 2001 dipilih untuk menganjurkan temasya dwitahunan itu tahun ini kerana tiada negara yang menawarkan diri sebagai tuan rumah.

Amar Singh berkata, 350 anggota polis dan pasukan keselamatan lain terbabit dalam latihan hari ini.

Antaranya Unit Pemusnah Bom, Unit Tindakan Khas, Komando 69, Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Gerakan Am, Unit Anjing Pengesan, Jabatan Siasatan Jenayah dan anggota tugas am.

“Selain Stadium Nasional Bukit Jalil, latihan ini juga akan diadakan di 3 lokasi lain selepas ini, iaitu Masjid KLCC di Kuala Lumpur, National Sailing Centre di Langkawi dan International Endurance Park di Lembah Bidong, Terengganu.”

Tiada ulasan: