HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 Mei 2017

Tahaluf siyasi: Pas ada pelan alternatif apabila buat keputusan politik- Takiyud

Oleh Rahimah Abdullah

 


KUALA LUMPUR: Pas mempunyai pelan alternatif apabila membuat sebarang keputusan politik termasuk keputusan memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR, ujar Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Tegasnya, sesiapa sahaja boleh membuat andaian berhubung keputusan Pas termasuk penganalisis politik yang ada pada hari ini.

"Itu andaian. Siapa-siapa pun boleh buat analisa tetapi kami tahu apa yang kami sedang buat. Kita memahami dan mengkaji. Kita ada pelbagai pelan-pelan atau alternatif plan apabila kita mengambil sesuatu tindakan dalam politik.

–– ADVERTISEMENT ––
"We are not simply decide satu-satu keputusan itu. Namun ia telah diambil kira dan kita telah teliti. Kita ada pelan, kita parti politik yang sudah 66 tahun," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat AJK Pusat Pas di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Malah, Pas mempunyai Pusat Kajian tersendiri dalam memastikan apa sahaja keputusan dibuat berdasarkan kajian dan pelan yang terperinci.

"Kita ada Pusat Kajian dan untuk makluman 18 AJK Pusat dipilih baru-baru ini sebahagiannya adalah profesional. Kita ada empat doktor perubatan dan lima pemegang PhD. Hari ini dua lagi doktor dilantik," ujar beliau.

Jelas Takiyuddin, tarikh mesyuarat Majlis Syura Ulama bagi membincangkan usul memutuskan tahaluf siyasi masih belum ditentukan.

"Itu (tahaluf siyasi) kita sentuh secara sepintas lalu tetapi bergantung pada Mesyuarat Majlis Syura Ulama, kita belum lagi diberitahu tarikhnya. Itu ditentukan oleh Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulamak,"

Perwakilan di muktamar Pas yang baru berlalu telah meluluskan usul sebulat suara supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan.

Usul tersebut telah dibawa ke peringkat Muktamar Pas Pusat untuk dibahas selepas ianya diluluskan di peringkat Muktamar Dewan Pemuda, Dewan Muslimah dan Dewan Ulama.

Tiada ulasan: