HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 Mei 2017

Takiyuddin umum pelantikan tujuh lagi AJK PAS Pusat

Oleh Ahmad Farhain bin Mazlan
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS Pusat hari ini mengumumkan pelantikan tujuh Ahli Jawatankuasa (AJK) baru untuk menyertai senarai yang memenangi pemilihan parti 1 Mei lalu.
 
Pengumuman  itu dibuat selepas pimpinan tertinggi PAS bermesyuarat di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut.
 
“Mengikut perlembagaan PAS, Presiden PAS boleh melantik Pesuruhjaya PAS negeri-negeri juga di dalam mesyuarat dan perlu dipersetujui oleh mesyuarat PAS pusat.
 
"Hari ini, yang berhormat Datuk Seri Tuan Guru Presiden telah membuat cadangan dan semuanya telah dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa,” ujar Takiyuddin.
 
Berikut merupakan senarai AJK PAS Pusat yang diumumkan oleh parti itu.
 
Setiausaha Agung: Datuk Takiyuddin bin Hassan
Bendahari: Haji Razman bin Zakaria
Ketua Penerangan: Ustaz Nasaruddin bin Hassan
Ketua Pengarah Pilihan Raya: Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Penolong Setiausaha Agung 1: Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Khairul Fahmi bin Mat Som
 
Ahli-Ahli JawatanKuasa:
Haji Mohd Sanusi bin Md. Nor
Saiful Bahri bin Mamat
Mohamad bin Hussain
Dr. Mohd Khalid bin Kassim
Haji Zainal Abidin bin Kidam
Datuk Dr. Abdul Hakeem bin Johari
Wan Rohimi bin Wan Daud
 
Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan
Kelantan: Dato Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad Yaakob
Terengganu: Dato Ustaz Haji Husin bin Awang (Perlantikan Baru)
Perlis: Mohd Shukri bin Ramli
Kedah: Dr Ustaz Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurrazi
Pulau Pinang: Ustaz Muhammad Fauzi bin Yusoff
Perak: Haji Razman bin Zakaria
Selangor: Ustaz Haji Sallehen bin Mukhyi (Perlantikan Baru)
Wilayah Persekutuan: Haji Mohamad Noor bin Mohammad
Pahang: Haji Rosli bin Abdul Jabar
Negeri Sembilan: Ustaz Haji Mustafa bin Daharum
Melaka: Ustaz Haji Kamaruddin bin Sidek
Johor: Ustaz Haji Abdullah bin Hussin (Perlantikan Baru)
Sabah:  Paumin @ Aminuddin bin Aling
Sarawak: Haji Jofri bin Jaraiee
 
 

Tiada ulasan: