HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Mei 2017

Tiada fakta Pakatan Harapan boleh menang PRU14, kata PAS

Berita Daily Staff

Tiada sebarang ramalan dibuat mengenai perkara tersebut dan PAS tidak sesekali gentar dengan perkara itu sebaliknya terus optimis dengan kekuatan yang ada

KUALA LUMPUR: Tiada bukti blok pembangkang Pakatan Harapan berupaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu berkata, tiada sebarang ramalan dibuat mengenai perkara tersebut dan PAS tidak sesekali gentar dengan perkara itu sebaliknya terus optimis dengan kekuatan yang ada.
“Setakat ini tak ada lagi ramalan kata pakatan akan menang, ataupun mereka sekuat parti-parti lain,” katanya, memetik laporan Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan, semalam.

Beliau turut menegaskan PAS masih menganggap Umno sebagai musuh tradisi mereka dan tiada sebarang persefahaman dicapai antara kedua-dua parti Melayu itu.

“Sememangnya kita meraikan hubungan (kerajaan dan kerajaan) itu demi kepentingan rakyat, apa pun yang melibatkan hubungan tersebut, kita hormat lah.

“Bagi memastikan hak rakyat dapat diperjuangkan, namun dari segi politik, kita masih seperti dulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Annuar Musa yang menyatakan Umno dan PAS perlu meraikan persamaan yang ada di antara kedua-dua parti itu.

Ahmad Yakob berkata, PAS juga masih kukuh bersama blok ketiga yang telah dibina dan bersedia berdepan segala kemungkinan pada PRU14 kali ini.

Tiada ulasan: