HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Mei 2017

Tiada rombongan ADUN Selangor hadir ke istana

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tiada rombongan enam ADUN Selangor yang berkunjung ke Istana Selangor petang semalam untuk menyatakan mereka menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali. 
 
Menurut sumber, tiada mana-mana ADUN hadir ke Istana petang semalam sebagaimana yang dilaporkan beberapa media. 
 
Terdahulu, spekulasi yang bertebaran di Whatsapp mendakwa dua ADUN Bebas dan empat ADUN dari PKR adalah sebahagian daripada rombongan yang berada di istana Selangor pada jam 2 petang semalam.
 
ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail bagaimanapun semalam menafikan beliau merupakan salah seorang daripada enam wakil rakyat yang akan melompat parti menyertai PAS dan Umno membentuk kerajaan campuran.
 
ADUN Sementa, Dr Daroyah Ali, yang turut dinamakan dalam mesej itu, sebelum ini menafikan bahawa beliau telah lompat parti dan meninggalkan PKR.
 
Dua lagi wakil PKR adalah Dr Idris Ahmad (Ijok) dan Yaakob Sapari (Kota Anggerik).
 
Kerajaan Selangor dibentuk melalui hubungan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS sejak 2008.
 
Bagaimanapun, hubungan PAS dengan PKR dan DAP menjadi renggang tidak lama selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.
 
 

Tiada ulasan: