HALAMAN SANTAI

Jumaat, 12 Mei 2017

Tiga warga Turki diusir malam tadi

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga Turki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengganas diusir ke negara asal mereka, malam tadi. 
 
Terdahulu, ketiga-tiga mereka ditahan pada 2 dan 4 Mei lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Pahang.
 
Ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dengan kumpulan 'Fetullah Terrorist Organization' (FETO), yang diwartakan sebagai pertubuhan pengganas oleh Kerajaan Turki dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). 
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga mereka, Turgay Karaman, 43; Ihsan Aslan, 39 dan Ismet Ozcelik, 58, turut disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Turki. 
 
"Dokumen perjalanan mereka juga sudah dibatalkan oleh kerajaan Turki, sekali gus kehadiran mereka di Malaysia adalah tidak sah dan berstatus Pendatang Tanpa Izin (PATI)," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. 
 
Beliau berkata, Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman dan Jabatan Imigresen Malaysia, terbabit dalam proses pengusiran ketiga-tiga individu terbabit. 
 
Selain itu, Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan atau anasir pengganas asing yang menjadikan Malaysia sebagai pusat logistik, tempat perlindungan, pengumpulan dana atau pangkalan operasi

Tiada ulasan: