HALAMAN SANTAI

Jumaat, 12 Mei 2017

Tony Pua saran PAS sertai Umno sebagai pembangkang di Selangor

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mencadangkan PAS Selangor melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri dan menyertai Umno di barisan pembangkang, selepas tidak lagi mempunyai tahaluf siyasi dengan PKR. 
 
"Jika tiada hubungan politik, kenapa berada dalam kerajaan campuran (Selangor)? Duduk dalam pembangkang bersama Umno lah," katanya dalam satu posting di Twitternya.
 
Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa bahawa parti itu akan kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Keputusan itu kata Sellehen, dibuat atas alasan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat kepada PAS pada PRU yang lalu.
 
Kenyataan Sallehen itu menyusul selepas Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan bahawa tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR telah terbatal berkuatkuasa serta-merta semalam.
 
 

Tiada ulasan: