HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mei 2017

Tuhan nampak jika saya jadi korup, kata Yeoh

MALAYSIAKINI


Berdepan dengan tuduhan cuba memurtadkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, beliau tidak akan menyembunyikan kepercayaannya dan bagaimana agamanya membantu beliau dalam melaksanakan pekerjaannya.

"Perjalanan saya dengan tuhan adalah tulen dan saya telah ceritakan kisah peribadi seperti yang terkandung dalam 'Becoming Hannah'. Tanpa tuhan, saya bukan sesiapa dan saya tidak malu untuk katakannya," jelas speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu ketika dihubungi.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff pagi ini membuat laporan polis terhadap Hannah atas dakwaan beliau mungkin melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988).

Bagaimanapun, Yeoh yang juga speaker DUN wanita yang pertama di negara ini berkata, kepercayaan beliau telah membantunya memikul peranan dengan integriti.

"Apabila saya takut kepada tuhan, saya akan bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan dan tidak mencuri wang rakyat. Saya tidak akan menjadi korup kerana tuhan melihat," tambahnya.

Semalam, Yeoh membuat laporan polis terhadap Kamarul Zaman kerana mendakwanya mahu membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.

Katanya, tulisan itu telah diputar belit dan mempunyai unsur fitnah pada beliau dan partinya DAP.

Tiada ulasan: