HALAMAN SANTAI

Sabtu, 20 Mei 2017

UMNO/PAS Boleh Bawa Agenda Islam, DAP Tidak Boleh Bawa Agenda Kristian?

Suara Kebenaran





Apa masalahnya dengan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh – kalau benar pun menerapkan agenda Kristian dalam perjuangan politik beliau seperti yang ditulis dalam bukunya “Becoming Hannah Yeoh”?  Dengan berkata begini, tidak bermaksud mengesahkan DAP dan Hannah Yeoh membawa agenda Kristian seperti yang dituduh, hanya untuk tujuan perbandingan saja.

UMNO dengan PAS boleh secara terang-terangan bawa agenda Islam dalam perjuangan mereka tapi DAP tidak boleh bawa agenda Kristian?  Dimana keadilannya?  Hanya kerana perlembagaan menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan, tidak bermaksud agenda Kristianisasi tidak boleh diamalkan.

Yang tidak boleh menurut perlembagaan hanyalah menyebarkan fahaman lain di kalangan orang Islam.  Lagipun buku Hannah Yeoh itu ditulis dalam English, jelas sasaran pembacanya bukan kepada orang Melayu dan Islam.

Tidak hairan PKR hari ini menyokong Hannah Yeoh sebab jelas apa yang dilakukan Hannah itu tidak jauh bezanya dengan apa yang dilakukan pemimpin UMNO dan PAS selama hari ini, cuma bezanya Islam dan Kristian saja.

Malah, tidakkah sesiapa sedar bahawa HARAPAN (Hope) dalam Pakatan Harapan, sangat dekat dengan agama Kristian.  Begitu banyak entiti berasaskan Kristian di dunia hari ini menggunakan Hope pada nama mereka.

Justeru, berhentilah mempertikaikan DAP dan Hannah Yeoh, benda tidak ada isu, jangan dijadikan isu.

Tiada ulasan: