HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 Mei 2017

Wanda mampu cipta keajaiban di Bandar M'sia, kata PM


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinan Kumpulan Wanda dari China boleh melakukan keajaiban di Bandar Malaysia, walaupun perjanjian antara keduanya belum dimeterai.

"Kami percaya Kumpulan Wanda berada dalam kedudukan untuk mewujudkan sesuatu luar biasa, sesuatu yang ada daya imaginasi, kita boleh mewujudkan Bandar Malaysia sebagai sesuatu yang semua rakyat Malaysia dan rantau ini boleh berbangga.

"Bandar Malaysia perlu menjadi sesuatu yang istimewa, ada kandungan yang besar, nilai budaya yang hebat, mempunyai tarikan hiburan yang besar," jelas Najib di Beijing, hari ini.

Video Facebook berkenaan ucapan beliau semasa melawat Wanda telah dimuat naik oleh Sin Chew Daily.

Dalam ucapannya, Najib berkata, perjanjian masih belum dibuat dengan gergasi pembangunan itu.
Sebaliknya, beliau berkata, tujuan lawatannya adalah bagi Wanda 'menunjukkan keinginan mereka' dan 'kesediaan Putrajaya untuk membincangkannya'.

Tiada ulasan: