HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Jun 2017

Universiti cipta alat kencing patuh syariah

MALAYSIAKINI


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menghasilkan alat buang air kecil lelaki patuh syariah Suci-Urinal System (SUCI-URiS) yang pertama seumpamanya di negara ini.

Naib Canselor UteM Prof Datuk Dr Shahrin Shahib berkata kesulitan jemaah haji lelaki membuang air kecil ketika beribadat di Mekah mencetus ilham bagi sekumpulan enam penyelidik, diketuai Prof Madya Dr Hambali Arep @ Ariff, membangunkan alat itu.

Shahrin berkata, set peralatan itu dilengkapi beg simpanan 600 gram, yang mengandungi bekas tempat membuang air kecil dan penyembur air bersih, pemegang kemaluan lelaki pelbagai saiz, beg urin satu liter dan tiub, lapor Berita Harian.

"Penyelidik kita mengambil kira pelbagai faktor bagi membangunkan produk yang mengambil tempoh selama kira-kira setahun ini.

"Alat ini memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya jemaah haji apabila mereka menghadapi kesukaran menggunakan tandas ketika musim haji dan umrah.

"Selain itu, ia juga sesuai untuk pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, pesakit di hospital atau warga emas yang tidak mampu bergerak ke tandas di rumah kebajikan," beliau dipetik sebagai berkata sidang media di universiti itu, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan dokumen memorandum perjanjian (MOA) mengkomersialkan produk itu antara UTeM dan sebuah syarikat.

Produk itu dilapor mendapat sokongan Tabung Haji, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil; pensijilan ISO 13485 (Pengurusan Kualiti Sistem bagi peralatan perubatan) serta pengesahan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Ia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa, Anugerah Khas daripada Chinese Innovation & Invention Society (Taiwan).


YANG BERBAU GAJAH MATI DI DEPAN MATA, YANG DICARI BANGKAI NYAMUK DI SEBERANG LAUT"

shahbudindotcom


Hasil cadangan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat berhubung kerugian urusniaga matawang asing pada 1980an dan 1990an, kabinet semalam telah bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi meneruskan siasatan mengenai perkara itu.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan menubuhkan Suruhanjaya Diraja kerana mendapati wujud elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen.

Dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja itu diharap mampu merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu, kata kenyataan Perdana Menteri lagi.

Satu-satunya fakta mengapa kerajaan UMNO dan BN pimpinan Najib Razak menubuhkan Pasukan Petugas Khas dan kemudian Suruhanjaya Diraja ini ialah kerana kritikan serta serangan berterusan Tun Mahathir Mohamad terhadapnya, khususnya berhubung skandal kewangan 1MDB yang sudah berlarutan sejak lebih 2 tahun yang lalu.
Jika Tun Mahathir tidak menyerang Najib, tidak keluar UMNO, tidak menubuhkan Bersatu dan tidak bersama dengan Pakatan Harapan sekarang ini, pasti tidak diwujudkan Suruhanjaya Diraja berkenaan.

Lebih jelas, penubuhannya adalah usaha untuk mengenakan Tun Mahathir dengan harapan Najib, UMNO dan BN terus menang dan berkuasa lagi selepas pilihanraya umum akan datang.

Ia juga suatu paparan yang jelas bahawa Najib begitu gerun untuk berdepan dengan pengaruh Tun Mahathir yang telah menubuhkan Bersatu dan kini bersama-sama dengan Pakatan Harapan untuk memberi cabaran kepadanya melalui pertimbangan kuasa rakyat.

Suruhanjaya Diraja itu tidak lain adalah sebagai tindak balas dan mengalih pandangan untuk menutup skandal 1MDB yang paling nyata berada di depan mata serta penyiasatan antarabangsa turut mendapati melalui syarikat pelaburan itulah munculnya isu RM2,600 juta dalam akaun peribadi Najib, SRC International dan hiruk-pikuk lain yang melibatkan Jho Low, Rosmah Mansor dan Riza Aziz.

Lantaran penyiasatan dalam negara tidak berjalan atau terlalu perlahan dengan berlakunya pelbagai pemecatan kepada mereka yang bersuara serta bertanya soalan, yang didesak oleh pelbagai pihak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja ialah berkaitan 1MDB.

Tambahan lagi, dalam kerugian urusniaga matawang tersebut tidak terdengar, jauh sekali terbukti Perdana Menteri ketika itu didapati ada mempunyai berbilion-bilion ringgit dalam akaun peribadinya.

Tetapi, Najib bukan saja menutup mata dan memekakkan telinga terhadap desakan itu, malah tanpa segan dan malu juga mengOSAkan laporan audit mengenai 1MDB itu.

Maka, walaupun skandal 1MDB ini sudah berbau ke seluruh dunia dengan pelbagai negara sudah melakukan penyiasatan serta menjatuhkan hukuman dan yang paling mengaibkan ialah pelbagai pendedahan di sebalik saman sivil untuk merampas hartanah dan pelbagai aset lain oleh DOJ Amerika Syarikat, semuanya cuba ditutup rapi dan tiada tindakan diambil setakat ini.

Di ketika Pasukan Petugas Khas menyiasat mengenai urusniaga matawang tersebut dan difahami tujuannya untuk mengenakan Tun Mahathir, tetapi bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu tidak dipanggil sama sekali untuk memberi keterangannya.

Sebaliknya, Anwar Ibrahim yang dipanggil oleh Pasukan Petugas Khas untuk memberi keterangannya sudah dapat menghidu tujuan mengenakan Tun Mahathir itu berdasarkan soalan-soalan yang ditujukan kepadanya.

Mereka mahu menggunakan saya untuk menyerang Tun Mahathir, tetapi saya tetap memberitahu bahawa kerajaan tidak boleh menggunakan ini untuk menyalahkan Tun Mahathir semata-mata, tegas Anwar lagi.

Bahkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga konsisten dengan kenyataannya bahawa yang bertanggungjawab terhadap kerugian urusniaga matawang itu ialah Nor Mohamed Yakcob yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional, cabang pelaburan utama kerajaan.

Pengerusi Khazanah ialah Najib sendiri selaku Perdana Menteri.
Anwar turut memberitahu, berikutan beban pertanggungjawaban kepada Nor Mohamed Yakcop itu, beliau bukan saja kemudiannya diarah meletakkan jawatan daripada Bank Negara, malah tidak dibenarkan daripada terlibat dalam mengendalikan kewangan negara.

Bagaimanapun, tambah Anwar, ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop telah diilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Berdasarkan semua itu, kita sudah boleh menjangka hasil siasatan Suruhanjaya Diraja itu nanti.

Tidak mustahil, sebagaimana Tun Mahathir tidak dipanggil oleh Pasukan Petugas Khas untuk memberi keterangannya, beliau juga mungkin tidak diperlukan mengadap Suruhanjaya Diraja itu.

Bagaimana cepatnya Suruhanjaya Diraja itu dipersetujui untuk ditubuhkan, hasilnya juga barangkali akan dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan.

Tetapi, apa pun hasilnya nanti, sementara yang cuba dicari ialah bangkai nyamuk di seberang laut, bau yang menusuk kalbu daripada gajah mati di depan mata tentulah tidak mudah untuk diwangikan begitu saja.
 

Ahmad Maslan tweet #2kerja lepas tonton iklan raya TNB

MALAYSIAKINI


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan hari ini memuji Tenaga Nasional berhubung video Hari Raya, yang memaparkan seorang wanita melakukan dua pekerjaan.

“Terima kasih TNB promosi #2kerja (masa lapang, jual kuih, guna online). Video yg sangat menarik!” tulisnya di Twitter hari ini.

Iklan itu memaparkan seorang wanita yang melakukan pekerjaan kedua sebagai menjual kuih raya dan kek menjelang Aidilfitri bagi membeli hadiah untuk keluarganya.

Dia melalui pelbagai ujian dan kesukaran yang melucukan sebelum akhirnya sampai ke rumahnya untuk Hari Raya, tetapi hampa hadiah kerana hadiah itu tertinggal kerana kecuaiannya.

Bagaimanapun, ibunya mengingatkan bahawa apa yang lebih penting adalah bersama dengan orang yang tersayang berbanding harta benda dan cerita itu berakhir dengan semua mereka tersenyum gembira.

Ahmad menggunakan video itu untuk membuktikan kewajaran cadangannya pada Disember 2015 bahawa rakyat negara ini perlu melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk menampung kos hidup mereka.

Dalam tweetnya, timbalan menteri itu mencatatkan bagaimana beliau dibidas kerana membuat cadangan berkenaan.

Ketika itu, Ahmad berkata dirinya memegang tiga pekerjaan - timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan Umno - diikuti oleh hashtag #2kerja.

Bagaimanapun kenyataannya tidak disambut baik oleh warga maya yang mempersendakannya manakala beberapa kesatuan sekerja mengingatkannya bahawa melakukan dua pekerjaan akan membawa kepada masalah kesihatan dan keluarga.

LIHAT VIDEO DI SINI

Badan Pendokong LGBT Hantar Surat Kepada Agong Gesa Lepaskan Anwar






 Badan antarabangsa pendokong LGBT (Lesbian, Gay, Biskesual dan Transgender), Human Rights Foundation (HRF) yang berpangkalan di New York telah mengemukakan surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi menggesa pembebasan Anwar Ibrahim.


“Anwar Ibrahim dirompak kebebasannya dan hak politiknya kerana popularitinya sebagai pemimpin pembangkang,” kata Thor Halvorssen, presiden HRF dalam satu kenyataan semalam.

“Sekiranya dia (Anwar) diberi perbicaraan yang adil, Ibrahim akan dibebaskan dari tuduhan liwat palsu ini.

“Kami dengan hormat menghormati Baginda Tuanku untuk melakukan perkara yang betul dan menyatukannya dengan keluarganya secepat mungkin, “tambahnya lagi.

HRF adalah sebuah organisasi yang mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia secara global, dengan tumpuan kepada masyarakat tertutup.

“Ambil tindakan ! Gesa Yang di-Pertuan Agong untuk melepaskan Anwar Ibrahim,” arahan HRF kepada pendokong-pendokong organisasi mereka.

Pada 7 Disember tahun lalu, HRF melakukan pembelaan yang sama terhadap Anwar apabila menggesa Mahkamah Persekutuan membebaskan Ketua Umum PKR itu.

“Kesalahan jenayah Anwar adalah hasil sarkas politik yang bertujuan untuk menghalangnya dari kedudukan politiknya, merosakkan reputasinya secara kekal, dan menghilangkan suara pembangkang,” kata Thor Halvorssen.

HRF merupakan penganjur tahanun Oslo Freedom Forum yang mengiktiraf golongan pejuang hak asasi manusia termasuk pejuang LGBT dari seluruh dunia.

Anwar dan anaknya Nurul Izzah merupakan wakil dari Malaysia yang dijemput menghadiri persidangan Oslo Freedom Forum pada tahun 2010 dan 2015.

Komplot Jahat Tun M & Tun Daim Cemar Imej Malaysia







Pemikir Kota – Mahathir Habiskan US$5 Juta Untuk Reka Pengumuman DOJ Bertarikh 20 Julai 2016.

1. Tun Dr Mahathir Mohamed dan Daim Zainuddin didapati terlibat dalam penyaluran dana bernilai US$5 juta kepada Clinton Foundation.

2. Difahamkan 1/5 dari jumlah tersebut adalah diperuntukkan kepada individu yang mempunyai kaitan rapat dengan Loretta Lynch, bekas Peguam Negara Amerika Syarikat.

3. Raja Petra Kamarudin turut mengulangi bahawa Sivarasa Rasiah sebelum ini telah merangka satu kenyataan bagi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bersama dengan orang kanan Mahathir, Matthias Chang.

4. Dari apa yang diperoleh, Matthias tidak hanya membantu dalam rancangan pengumuman DOJ baru-baru ini, namun turut terlibat dalam memfailkan aduan kepada DOJ yang akhirnya membawa kepada pengumuman tersebut.

5. Bekas Perdana Menteri itu juga tidak berpuas hati apabila nama-nama individu yang terlibat dengan komplot pengumuman DOJ pada Khamis lepas disenaraikan.

6. Seperti yang dimaklumkan, Mahathir begitu kecewa kerana artikel tersebut telah menghancurkan usahanya yang bernilai jutaan ringgit itu mejadi sia-sia.

7. Bayangkan, perancangan yang dilakukan selama berbulan-bulan dengan nilai berjuta-juta yang dilakukan Mahathir untuk memastikan kejayaan dalam pengumuman yang dilakukan DOJ akhirnya diketahui oleh The Third Force dan Malaysia Today. Apa yang anda rasakan sekiranya anda di tempat Mahathir?

8. Banyak lagi yang perlu diperkatakan. Hakikatnya Mahathir tidak hanya membelanjakan US$5 juta bagi mencetuskan pengumuman yang dibuat DOJ pada tahun lepas, malah turut melibatkan perbelanjaan bernilai puluhan juta ringgit bagi mengeluarkan pengumuman yang dibuat DOJ pada Khamis lepas.

9. Ingin saya tanyakan – tidakkah Mahathir yang menerima rasuah bernilai jutaan ringgit dari mendiang Tan Sri Lim Goh Tong bagi sebahagian dari perjanjian quid pro quo yang dibuat bersama Goh Tong, bagi memastikan Raja Judi Malaysia itu mendapat kelulusan bagi lesen perjudiannya?

10. Mahathir merupakan individu yang jahat. Sangat jahat. Dia sanggup tawan gunung tertinggi dan terjun ke lautan terdalam bagi memastikan tiada siapa pun mengetahui mengenai kekayaan miliknya.

11. Sekiranya ada dalam kalangan orang-orang miskin yang mengetahui mengenai kekayaan yang dimilikinya, pasti individu tersebut akan mengalami serangan jantung dan seterusnya mati terkejut.

Sumber: Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/mahathir-spent-usd5-million-to-trigger-the-20th-of-july-2016-doj-announcement/

Ku Nan tempelak Sivarasa kerana 'musnahkan keharmonian'

MALAYSIAKINI


Selepas menerima writ saman daripada Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, beliau menempelak pemimpin PKR itu kerana "memusnahkan keharmonian" yang boleh menjurus kepada huru-hara di kalangan rakyat.

Saman fitnah ke atas Tengku Adnan atau popular dengan gelaran Ku Nan yang menuduh Sivarasa berceramah politik di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang pada bulan lalu.

"Saya telah berunding dengan peguam saya, akan jumpa dia di mahkamah," kata menteri itu dalam catatan Facebook hari ini.

Walaupun bersedia menghadapi Sivarasa di mahkamah, Ku Nan tidak nampak teruja mengenainya.
"Ini adalah masalah apabila seseorang tidak faham bahasa dan cuba melarikan diri dari isu sebenar," jelas beliau.

Ku Nan berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan tindakan Sivarasa yang didakwa mencemarkan kesucian masjid dengan berceramah di masjid.

RCI forex: Adakah Najib mahu 'menyamai' Dr M, soal PAS

MALAYSIAKINI


PAS hari ini mempersoalkan tujuan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kerugian tukaran asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia lebih dua dekad lalu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanya jika motif sebenarnya adalah bertujuan menunjukkan adanya skandal yang berkadaran dengan 1MDB semasa tempoh pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"RCI menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara, persoalannya, bagaimana RCI ini boleh membawa manfaat kepada negara dan rakyat. Apakah hasil siasatan RCI ini akan dicontohi. Apakah tujuan sebenar RCI ini.

"Apakah ini untuk menyamakan bahawa di zaman Mahathir juga ada skandal sebesar 1MDB,

"Dan oleh kerana Mahathir terus kekal menjadi perdana menteri sehingga 2003, maka ia menjadi satu kewajaran untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal berkuasa di sebalik skandal 1MDB yang memalukan Malaysia di peta dunia?," tanya Tuan Ibrahim dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

Jika kerajaan ikhlas terhadap RCI ini, katanya, ia harus mendedahkan laporan umum juruaudit mengenai 1MDB yang telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Jika tidak, tujuan RCI ini hanya bersifat politik semata-mata kerana Umno melihat BERSATU sebagai ancaman di PRU14," tambah beliau.

Semalam, kerajaan mengumumkan Kabinet bersetuju untuk membentuk RCI untuk menyiasat kerugian tukaran mata wang berjumlah berbilion ringgit pada tahun 1980-an.

Kerajaan juga mendakwa, pasukan petugas yang meneliti skandal tersebut mendapati wujudnya unsur-unsur mengaburi fakta-fakta tertentu.

Pengumuman ini susulan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang membuat tuntutan jenayah sivil yang berkaitan 1MDB.

'Buat kawanku yang kecundang pada dedak'

MALAYSIAKINI


Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini meluahkan perasaan bencinya terhadap anggota parti itu yang berpaling tadah kembali kepada Umno.

Dalam tulisannya yang seperti bermadah di Facebook, bekas juara debat Asia itu menegaskan pergerakan dipimpinnya bukan tempat untuk pihak yang mengidamkan wang dan kuasa.

“Keluarlah kamu sebelum kami mentadbir negara. Kita tidak perlukan mereka yang senang kecundang di tangan perasuah.

“Ada kebaikan di sebalik pengkhianatan ini. Proses pembersihan sudah bermula,” katanya.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa di blog bahawa terdapat anggota Pemuda BERSATU ditawarkan sehingga RM50,000 untuk meninggalkan parti.




Sementara itu, Syed Saddiq dalam tulisannya juga menyatakan perasaan sedihnya kepada “kawanku yang sudah pun tewas kerana nafsukan dedak”.

“Dulu mereka sendiri yang maklumkan kepada saya dan rakan-rakan yang lain bahawa 'dedak dedak Umno' telah pun ditawarkan pada mereka.

“Mungkin mereka ingat kami akan cuba tawarkan jumlah dedak yang lebih besar untuk mengekalkan mereka.

“Minta maaf, BERSATU bukan tempat untuk penerima dedak,” katanya sambil menegaskan perjuangan untuk negara lebih besar daripada perjuangan parti, apatah lagi perjuangan peribadi.


Tidak perlu simpati dengan pengusaha minyak, kata PKR

Berita Daily Staff

Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail berkata kerajaan adalah pihak yang patut bertanggungjawab kerana melaksanakan program rasionalisasi.

KUALA LUMPUR: Meminta rakyat bersimpati dengan pengusaha minyak apabila harga bahan bakar itu semakin menurun disifatkan sebagai tidak wajar, kata Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail.

Beliau berkata kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian terhadap beban yang ditanggung rakyat susulan ketidaktentuan harga.

“Hal rakyat perlu diberi keutamaan kerana mereka begitu terbeban dengan segala kenaikan di zaman pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak.

“Dengan meminta simpati daripada rakyat adalah salah, ketika harga minyak naik melambung siapa yang simpati kepada rakyat? Kerajaan Umno BN? Pengeluar minyak? Saya rasa, tidak.

“Agak lucu apabila rakyat kena bersimpati kepada pengusaha apabila harga minyak turun sedangkan ketika harga naik tiada sesiapapun bersimpati kepada pengguna,” katanya menerusi kenyataan media.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Hamzah Zainuddin pada 17 Jun berkata satu formula bagi menentukan harga bahan bakar akan diumumkan minggu depan dalam usaha menstabilkan industri minyak negara.

Dalam masa sama Hamzah berkata rakyat perlu bersimpati dengan pengusaha stesen minyak yang mengalami kerugian apabila harga minyak turun.

Azan berkata, kerajaan adalah pihak yang patut bertanggungjawab kerana melaksanakan program rasionalisasi subsidi menerusi ‘Mekanisme Harga Minyak Terapung Dikawal’ pendekatan yang pada Adun Bandar itu sebagai tidak prihatin kepada rakyat.

Beliau turut mempersoalkan formula yang bakal diperkenalkan KPDNKK kelak selepas mengadakan pertemuan dengan syarikat minyak yang sepatutnya berlangsung beberapa hari ini.

“Bagi saya, taktik ini satu cubaan untuk menjaga kepentingan pengeluar minyak sahaja dan bukan untuk rakyat. Adakah formula ini hanya sebagai cara mengaut duit rakyat dan seterusnya
memenuhkan kantung Umno BN sahaja?

“Adakah harga minyak tetap akan dinaikkan meskipun harga pasaran dunia menunjukkan penurunan? Adakah juga semata-mata rintihan oleh pengusaha stesen minyak?,” katanya lagi.

Berkuatkuasa April lalu harga siling bahan api diumumkan setiap minggu bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Beli Rantai Berlian , Mo1 Guna Dana Rakyat Untuk 'Hiaskan' Isterinya



Oleh Dato' Saifuddin Nasution Ismail

Rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan pendedahan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) yang akhirnya menyerlahkan apa yang berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.

Dalam saman sivil pelucuthakan terbaru, DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1.

Ia juga mendakwa “derma” yang dipulangkan itu digunakan oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.

1. Semakin lama pendedahan yang dilakukan DOJ semakin menarik minat negara luar, sedangkan MO1 yang didakwa dalam kes saman sivil seolah-olah mendiamkan diri daripada dipersalahkan dan tidak berperasaan.

Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.

Tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan berkata MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan Perdana Menteri bukan sebahagian daripada siasatan itu.

2. Dakwaan yang dibuat DOJ ini telah menjadikan kes 1MDB sebagai 'drama' yang hebat sehingga melibatkan negara-negara luar sedangkan, negara Malaysia masih menafikan dakwaan yang dibuat DOJ dan mempertahankan MO1 yang sebenar yang ada dalam negara kita.

Pihak berkuasa juga diam seribu bahasa tanpa berbuat apa-apa tindakan lanjut.

3. Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1. Ini termasuk ASS$681 juta yang dipindahkan pada Mac 2013.

Bagi saya, perkara ini sangat memalukan buat rakyat Malaysia, mereka semakin tertekan dengan permasalahan ekonomi seperti kos sara hidup, sedangkan duit rakyat sewenang-wenangnya dibelanjakan.

4. DOJ mempunyai fakta yang terperinci mengenai aliran tunai wang tersebut.Sebahagian daripada wang tersebut dinyatakan dalam bentuk pembelian barang perhiasan khas untuk isteri MO1.

Bagi saya, ini sesuatu yang amat memalukan apabila pihak luar sibuk menjalankan siasatan terhadap Malaysia namun tiada sebarang kerjasama yang dapat diberikan daripada pihak kerajaan kita.

Malah peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali terus menerus menafikan kenyataan itu dengan berkata ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi.

5. Usaha kerajaan untuk menangkap MO1 sebagai penyamun dan perompak wang negara langsung tidak dilakukan.

Ini menunjukkan kerajaan berusaha menyelamatkan kedudukan MO1.Nampaknya, kerajaan akan berusaha untuk terus melindungi perompak nombor satu negara dan membiarkan wang rakyat terus dirompak demi kepentingan peribadi.

Dato' Saifuddin Nasution Ismail,  Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat

Rakyat Sudah Meluat,Najib Yang 'Syok Sendiri''


 
Oleh Onn Abu Bakar

Saya ambil maklum nasihat yang disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara dan bukannya pemimpin 'syok sendiri'.

Najib Razak mesti terima hakikat sebenar daripada sekarang dan keluar dari alam khalayannya untuk menghadapi realiti. Kini bukan sahaja anak muda tidak menyokong Umno BN tetapi ramai veteran Umno juga sudah tidak percaya lagi kepada Umno.


Semua sedia maklum bahawa kerajaan Umno BN tabur jasa kepada rakyat sedikit sedangkan kaut duit rakyat dengan ketirisan, rasuah, penyelewengan yang terlebih dilakukan.

Bukan itu sahaja, rakyat kini terpaksa berhadapan dengan realiti kehidupan yang sukar dengan kos sara hidup yang tinggi, GST, pelbagai jenis subsidi rakyat dihapuskan dan peningkatan harga barangan.

Teramat penting bagi kerajaan Najib Razak untuk tidak 'syok sendiri' dan kembali kepada realiti kesusahan yang terpaksa dilalui oleh rakyat pada hari ini.

Baru-baru ini, kaji selidik yang dijalankan oleh Invoke Malaysia menunjukkan hanya 3 daripada 10 rakyat Malaysia menamakan Najib Razak sebagai Perdana Menteri pilihan mereka selepas PRU14.

Ini secara jelas menunjukkan Najib Razak tidak popular di kalangan rakyat Malaysia lagi untuk terus menerajui negara.

Kerajaan Umno BN juga dilihat tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti setelah ramai pemimpinnya yang terpalit dengan rasuh dan salahguna kuasa.

Rakyat kini sukar untuk menikmati manfaat kerana segala amanah yang dipertanggungjawabkan tidak dilaksanakan dengan sebaiknya.

* Onn Abu Bakar, Penyelaras Parlimen Sembrong, Ahli Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan
Parti KEADILAN Rakyat
 
 

Alasan Caltex tidak munasabah, kata persatuan stesen minyak

 | June 22, 2017
Presiden PDAM berkata syarikat itu tidak berhak menamatkan kontrak 15 pengusaha stesen minyak tanpa alasan kukuh.
caltex-pdamPETALING JAYA: Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM) menolak penjelasan Chevron Malaysia Limited, atau lebih dikenali di sini sebagai Caltex, mengenai penamatan kontrak 15 pengusaha stesen minyak, menyifatkan ia “tidak boleh diterima”.
Ini kerana alasan penamatan kontrak itu masih samar, kata presiden persatuan Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz.
Khairul bagaimanapun berkata Caltex mempunyai hak untuk melanjutkan atau menamatkan kontrak peruncitannya.
“Tetapi mereka pastinya tidak berhak untuk menamatkan kontrak tanpa alasan kukuh. Itu tidak boleh diterima,” katanya kepada FMT.
Semalam, Chevron mengesahkan mereka menamatkan kontrak “peruncit tertentu” dan menjelaskan ia adalah “keputusan perniagaan” yang dibuat berdasarkan kontrak perjanjian dengan pihak terbabit.
Chevron mengeluarkan kenyataan itu selepas 15 pengusaha stesen Caltex mendakwa menerima notis untuk menutup operasi masing-masing pada 30 Jun.
Pengusaha terbabit tidak faham mengapa stesen mereka terpaksa ditutup. Mereka berkata kira-kira 200 orang akan hilang pekerjaan.
Seorang pengusaha stesen, Fauziah Ahmad Fadzil juga tidak berpuas hati dengan penjelasan Chevron yang disifatkan samar.
Beliau berkata penjelasan itu membayangkan pengusaha tiada suara dalam keputusan perniagaan syarikat itu, terutamanya yang memberi impak langsung kepada mereka.
“Caltex mengecewakan kita semua,” katanya.
Fauziah juga menafikan dakwaan Chevron berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah ini dengan baik dan dengan niat baik. Beliau mendakwa syarikat itu enggan melayan pertanyaan atau permintaan mereka untuk bertemu.
FMT cuba menghubungi Chevron untuk maklum balas.
Nurul Azwa menyumbang kepada artikel ini.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/22/alasan-caltex-tidak-munasabah-kata-persatuan-stesen-minyak/#sthash.P8nrwvUv.dpuf

Azhar Bakal Ganti CEO FGV?

Adam Dani El-Munawar

Azhar


Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menafikan khabar angin bahawa beliau akan menggantikan Datuk Zakaria Arshad sebagai ketua pegawai eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Bagaimanapun, beliau berkata beliau akan mempertimbangkan perkara berkenaan sekiranya diminta membantu syarikat bermasalah itu.

“Jika saya diminta untuk membantu, sudah tentu saya akan pertimbangkan kerana kebimbangan Felda dan penerokanya,” katanya ketika dihubungi oleh NST Business hari ini.

Terdahulu, Zakaria dilaporkan akan digantikan selepas Tan Sri Mohd Isa Samad meninggalkan anak syarikat Felda itu, Isnin lalu selaku presiden dan pengerusi FGV.

Menurut laporan The Edge Financial Daily, Azhar yang semalam meletakkan jawatan sebagai pengarah urusan Malakoff Corporation Bhd, dijangka menggantikan Zakaria.

Azhar hanya berkhidmat di Malakoff selama lebih sebulan sebelum diantik ke jawatan baru itu. Sumber akhbar itu mengatakan bahawa Azhar memiliki latar belakang dalam sektor perladangan dan sesuai menggalas tugas tersebut.

“Kerajaan sedang mencari individu yang bebas, berkebolehan dan memiliki pengetahuan mendalam di sektor perladangan untuk memimpin FGV dan Azhar nampaknya sesuai,” sumber itu dipetik berkata.


Penyokong IS Namakan Malaysia, Singapura Sebagai Jajah Takluk Akan Datang

Malaysian Access

IS


Akhbar The Straits Times (ST) dari Singapura melaporkan rancangan itu didedahkan melalui muat naik akaun media sosial milik penyokong IS.

Penganalisis, Jasminder Singh dalam kertas kajian diterbitkan S. Rajaratnam School of International Studies berkata ia memberikan matlamat perjuangan baharu kepada mereka yang bersimpati dengan kumpulan militan itu.

“Untuk pejuang asing yang datang ke rantau ini, ia memberikan mereka ilham mengenai tujuan mereka ke sini dan sasaran mereka,” Jasminder dipetik ST.

Negara lain dalam “wilayah” diimpikan IS itu ialah Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Jepun.

Singapura kebelakangan ini meningkatkan tahap keselamatannya, di sebalik beberapa tangkapan melibatkan rakyat tempatan yang dikaitkan dengan sokongan kepada IS.

Mereka termasuk 2 anggota polis pengawal sempadan yang dipercayai sedang bersiap sedia ke Syria untuk menyertai peperangan di situ.

Minggu lalu, seorang pengasuh kanak-kanak, wanita berusia 22 tahun Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, yang mahu ke Syria untuk “syahid” ditahan pihak berkuasa Singapura.

Dalam kertasnya, Jasminder berkata serangan di Marawi, Mindanao yang dikaitkan dengan IS bakal memberikan suntikan baharu kepada kumpulan lain di rantai ini untuk memulakan langkah mereka.

Remy Mahzam, pengkaji di Pusat Kajian Antarabangsa Mengenai Keganasan dan Kekerasan Politik, berkata sebarang langkah mengumumkan sebuah peta “wilayah” baharu di rantau ini akan mendorong individu bersikap ekstremis melakukan serangan bersendirian, lebih-lebih lagi sekiranya mereka tidak dapat ke Syria.


200 kanak-kanak miskin terima baju raya dari DAP Perak


Roketkini.com

TAIPING: Sambutan hari raya bagi 200 kanak-kanak daripada keluarga miskin di daerah ini bakal diraikan dengan suasana yang ceria apabila masing-masing menerima baju raya hasil sumbangan DAP Perak.

Selain itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming turut berbesar hati menyumbangkan RM1,000 kepada Masjid Expo Taiping bagi menampung kos untuk mengadakan majlis berbuka puasa.

Ahli Parlimen Taiping itu berkata, perjuangan DAP tidak tertumpu kepada sesetengah kaum sahaja, sebaliknya melibatkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama, kaum mahupun fahaman politik.

“Parti ini amat mementingkan akhlak mulia serta kasih sayang antara rakyat sebagai usaha untuk memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat,” katanya dalam majlis tersebut.

Beliau dalam pada itu turut menyeru agar rakyat menjauhi politik wang dan perkauman kerana ia adalah bertentang dengan ajaran Islam.



Turut hadir dalam majlis itu adalah ADUN Pokok Assam, Teh Kok Lim; Leow Thye Yik (ADUN Aulong); Hj Azam bin Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Masjid); Mohd Saad (Ketua Amanah Taiping); dan Abdul Walad (Setiausaha Amanah Taiping). – Roketkini.com


RM10,000 hingga RM50,000 untuk tinggalkan PPBM, dakwa Dr Mahathir

Berita Daily Staff

Mereka yang menerima RM50,000 perlu menandatangani dokumen menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Dr Mahathir Mohamad mendakwa terdapat tawaran antara RM10,000 hingga RM50,000 diberikan pihak-pihak tertentu kepada anggota sayap Armada PPBM supaya meninggalkan parti itu.

Mantan perdana menteri itu berkata, mereka yang menerima RM50,000 perlu menandatangani dokumen menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

“Mereka yang menerima RM50,000 dipaksa menandatangani dokumen yang menghendaki mereka mengundi BN.

“Janji juga dibuat sekarang bahawa mereka akan mendapat lebih banyak wang dan barangan apabila pilihan raya berlangsung,” kata Dr Mahathir di laman blog www.chedet.cc miliknya, hari ini.

Bank Negara beri kerjasama penuh kepada RCI

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberi kerjasama penuh kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dalam menyediakan maklumat berkaitan kerugian pasaran tukaran asing (forex)
 
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata ia akan memberikan maklumat seperti yang dikehendaki undang-undang.
 
BNM menyambut baik pembentukan RCI oleh kerajaan untuk menyiasat secara bebas kerugian forex dan menyelesaikan peristiwa yang berlaku lebih 25 tahun lepas.
 
“Di mana-mana negara, kesahihan, integriti dan kredibiliti bank pusat sangat penting dalam mengekalkan keyakinan orang ramai dalam sistem kewangan yang kukuh dan ekonomi yang stabil,” kata BNM.
 
Bank pusat berkata ia memberi jaminan kepada orang ramai dan pasaran kewangan yang ia tidak akan terganggu daripada menjalankan kewajipan negara dalam melaksanakan mandatnya.
 
“Kami akan tegas dalam melindungi kestabilan monetari dan kewangan negara, serta kelancaran fungsi sistem pembayaran,” kata BNM

Aliran trafik terkawal, kenderaan dijangka meningkat petang ini

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih lancar dan terkawal setakat 12 tengah hari ini.
 
Bagaimanapun, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang berikutan pertambahan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri.
 
"Aliran trafik ke arah utara serta selatan masih lagi lancar dan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
 
Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada Ahad ini.
 
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar dan terkawal.
 
"Aliran trafik bagi Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar di kedua-dua arah," katanya.
 
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
 
 

Dua pasang kekasih ditahan edar dadah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PULAU PINANG: Dua pasang kekasih yang aktif mengedar dadah di sekitar negeri ini ditahan dalam dua operasi berasingan awal pagi tadi di Bayan Baru.
 
Nilai rampasan dadah itu berjumlah RM41,480.
 
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A. Anbalagan berkata pasangan pertama, masing-masing berusia 29 dan 22 tahun ditahan di Jalan Dato's Ismail Hashim.
 
Pasangan tersebut dipercayai dalam perjalanan untuk menjual 28 gram dadah jenis heroin.
 
Manakala pasangan kedua yang berusia 41 dan 23 tahun ditahan di sebuah rumah di Bukit Jambul Court, Sungai Nibong, dengan dadah yang dijumpai adalah 1.5 kilogram (kg) heroin dan 54 gram syabu yang sudah siap dibungkus.
 
"Dalam kedua-dua rampasan itu, kita turut menyita wang tunai RM2,800, kereta jenis Proton Wira dan Proton Satria Neo yang keseluruhannya berjumlah RM21,800.
 
“Kesemua suspek yang positif dadah direman sehingga 27 Jun ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari in

MAGERAN tadbir negara jika BN kalah PRU14, dakwa Tun M

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) akan mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen, jika ia kalah tipis kepada pembangkang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa BN juga akan menggunakan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk mentadbir negara, sama seperti yang pernah berlaku pada 1969 akibat rusuhan kaum.

“Mereka tidak akan mengaku kalah. Pembangkang pula akan dituduh menipu. Tiada bukti diperlukan untuk kerajaan mengisytiharkan perkara ini. BN sebagai pembuli sedia mewujudkan ketidakstabilan,” demikian memetik sebahagian tulisan Dr Mahathir di blognya.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa akan berlaku aktiviti membeli ahli-ahli parlimen daripada pembangkang supaya BN mendapat sokongan majoriti.

“Pada peringkat itu, BN mungkin menawarkan insentif kewangan kepada ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong mereka. Bila BN mendapat majoriti mencukupi, darurat akan ditarik balik dan mereka menjadi kerajaan majoriti," katanya lagi.

Dr Mahathir juga mendakwa perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang lebih teruk berbanding siri pilihan raya yang lepas, yang pernah disenaraikan pada PRU13 yang lalu.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dituduh akan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli sokongan, yang didakwanya sedang digerakkan di peringkat Armada PPBM melalui aktiviti pengagihan wang dan makanan.

Sejuta kenderaan masuk Kelantan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan menganggarkan lebih sejuta kenderaan akan memasuki negeri ini berikutan kepulangan perantau sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.
 
Pengerusinya Datuk Abdul Fattah Mahmodd berkata laluan Kuala Lumpur - Gua Musang - Kuala krai mulai sesak dengan kenderaan pagi ini dan mungkin bertambah sesak pada malam kemuncak menyambut hari raya nanti.
 
"Justeru pengguna jalan raya diharap dapat menggunakan beberapa jalan alternatif bagi mengelak mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya di Rehat dan Rawat (R&R) Rantau Manis di Gua Musang hari ini
\

Tarik Balik Perlantikan Isa Samad, Sebagai Pemangku Pengerusi SPAD




 
Oleh Mazlan Aliman

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengingatkan YAB Perdana Menteri, jangan ulangi kesilapan besar dengan melantik Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat(SPAD)

Sejarah telah merakamkan bagaimana penyenaraian FGV di Bursa Malaysia dan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan FGV adalah suatu malapetaka yang membawa bencana kepada kehidupan masyarakat Felda.

Berbagai pihak berpandangan mengenai ketidakwajaran penyenaraian FGV di Bursa Malaysia dan membantah keras perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan FGV.

YAB Perdana Menteri bukan sahaja mengabaikan segala bantahan, tapi ' HARAM JADAHKAN ' peneroka yang menentang penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

Terkini, Tan Sri Isa Samad dan isterinya telah pun di panggil memberi keterangan di SPRM selama 4 jam berhubung siasatan mengenai FGV. Jika diandaikan, Tan Sri Isa di dakwa di mahkamah oleh SPRM, bukankah ia aib YAB Perdana Menteri?

ANAK tidak pasti apa istimewanya Tan Sri Isa Samad, di ketika intergritinya sangat dipersoalkan oleh masyarakat Malaysia; hari yang sama beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FGV, lantas dilantik pula sebagai Pengerusi SPAD!

Jangan buat spekulasi kes surat terbuka untuk PDRM


Jangan buat spekulasi kes surat terbuka untuk PDRM
Status ditulis seorang lelaki dalam akaun laman sosial miliknya berhubung ketidakpuasan hati dengan siasatan pihak PDRM terhadap kes samun bersenjata kumpulan yang berlaku kepadanya.
 

SUBANG JAYA – Pihak polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan penyebaran berita mengenai surat terbuka untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dimuatnaik seorang lelaki di laman sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah dan meminta supaya semua pihak menunggu hingga mahkamah menentukan keputusan.

“Orang ramai dinasihat tidak menyebar atau berkongsi maklumat tidak sahih serta meragukan kerana tindakan tidak bertanggungjawab boleh jejaskan kententeraman awam dan membangkitkan keresahan masyarakat,”katanya dalam satu kenyataan media menerusi sistem aplikasi WhatsApp.

Terdahulu seorang lelaki dilapor memuatnaik status bertajuk Surat Terbuka Untuk Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) di akaun laman sosial miliknya kira-kira jam 4.22 petang semalam.

Dalam surat terbuka tersebut lelaki itu menyatakan dia menulis status berkenaan berikutan tidak berpuas hati dengan siasatan pihak PDRM terhadap kes samun bersenjata kumpulan yang dilakukan rakannya sendiri  pada 20 Februari lalu.

Lelaki terbabit mendakwa setelah hampir 122 hari disamun,tiada pembelaan diterima dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya sekaligus mereka yang bersalah dihukum.

40 individu ditahan jual mercun



pdrm


IPOH – Seramai 40 individu di negeri ini ditahan kerana memiliki dan menjual mercun serta bunga api bernilai RM39,200 tanpa permit sah bermula awal Ramadan lalu sehingga semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zainuddin Yaacob, daripada jumlah itu, daerah Kerian mencatatkan kes tertinggi dengan 12 kes diikuti Hilir Perak, tujuh kes dan Ipoh, enam kes.

Menurutnya, setakat ini hanya daerah Perak Tengah, Selama, Kampar, Batu Gajah dan Muallim mencatatkan sifar kes.

“Kesemua individu yang ditahan berusia antara 25 hingga 45 tahun dan jumlah itu membimbangkan kerana meningkat berbanding tahun lalu yang mencatatkan hanya sembilan kes di seluruh Perak.

“Modus operandi peniaga yang menjual bahan terlarang  adalah dengan mempamerkan nama mercun yang sah sebaliknya mercun dijual adalah yang tidak dibenarkan dan mengikut spesifikasi ditetapkan polis.

“Hasil risikan mendapati  bahan terlarang ini diperbuat di China namun kebanyakkannya dipercayai dibawa masuk dari Thailand tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang memiliki atau menjual mercun. Tindakan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 akan dikenakan kepada mereka yang masih ingkar atas arahan tersebut,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat  12 Pegawai Polis yang dinaikkan pangkat dari Asisten Superintendan kepada Deputi Superintendan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, tadi.

Aliran trafik terkawal, kenderaan meningkat petang ini

SINAR ONLINE

Aliran trafik
Gambar hiasan. - Foto myputrajayanews.com


KUALA LUMPUR  - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih lancar dan terkawal setakat jam 12 tengah hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang berikutan pertambahan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri.

"Aliran trafik ke arah utara serta selatan masih lagi lancar dan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada Ahad ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar dan terkawal.

"Aliran trafik bagi Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar di kedua-dua arah," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.  - Bernama

Mekanik hasilkan panjut bateri


Mekanik hasilkan panjut bateri
Juraimi menunjukkan panjut bateri ciptaannya
 
 
LABIS – Selepas pelita raya bateri buatannya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada musim raya tahun lepas, seorang mekanik di Pekan Air Panas, di sini, menghasilkan panjut yang menggunakan kuasa bateri pula.

Juraimi Palal, 48, berkata, dia mendapat ilham mencipta pelita raya bateri pada tahun lepas selepas mendapati suasana hari raya suram kerana tidak ramai yang berminat menyalakan pelita di kawasan rumah ketika ini.

Katanya, melalui pemerhatiannya, orang ramai terpaksa mengotorkan tangan untuk mengisi minyak dan menyalakan pelita setiap hari dan ini adalah salah satu faktor mereka tidak berminat memasang pelita raya terutama di kawasan taman.

“Berbeza dengan pelita biasa yang menggunakan sumbu dan minyak, pelita dan panjut yang saya hasilkan hanya menggunakan bateri dan tidak terjejas walaupun hujan serta lebih mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada tahun ini dia telah menyediakan kira-kira 2,000 panjut bateri dan 3,000 pelita yang mula disiapkan sejak lapan bulan lalu dengan bantuan isterinya, Norzizan Saad, 48, serta empat anak mereka.

Katanya, dia menjual satu set pelita berserta bateri dengan harga RM50 sementara satu set dua batang panjut berserta bateri dengan harga RM60. Pelita dan panjutnya mampu bertahan sehingga 14 hari jika dinyalakan selama 24 jam.

“Tahun lalu, saya berjaya jual kira-kira 3,000 pelita dan pada tahun ini saya berharap panjut ciptaan saya ini mendapat sambutan daripada orang ramai dan setakat ini saya telah mula menerima tempahan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Mujur saya sudah menyediakan stok lebih awal, jika tidak tentu tidak menang tangan dan setakat ini saya sudah belanjakan hampir RM15,000 untuk projek ini dan saya yakin mampu mengembangkan lagi usaha ini pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, setiap hari dia bersama isteri dan anak-anaknya akan memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam untuk membantu membuat pelita dan panjut bateri.

Mekanik hasilkan panjut bateri


Mekanik hasilkan panjut bateri
Juraimi menunjukkan panjut bateri ciptaannya
 
 
LABIS – Selepas pelita raya bateri buatannya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada musim raya tahun lepas, seorang mekanik di Pekan Air Panas, di sini, menghasilkan panjut yang menggunakan kuasa bateri pula.

Juraimi Palal, 48, berkata, dia mendapat ilham mencipta pelita raya bateri pada tahun lepas selepas mendapati suasana hari raya suram kerana tidak ramai yang berminat menyalakan pelita di kawasan rumah ketika ini.

Katanya, melalui pemerhatiannya, orang ramai terpaksa mengotorkan tangan untuk mengisi minyak dan menyalakan pelita setiap hari dan ini adalah salah satu faktor mereka tidak berminat memasang pelita raya terutama di kawasan taman.

“Berbeza dengan pelita biasa yang menggunakan sumbu dan minyak, pelita dan panjut yang saya hasilkan hanya menggunakan bateri dan tidak terjejas walaupun hujan serta lebih mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada tahun ini dia telah menyediakan kira-kira 2,000 panjut bateri dan 3,000 pelita yang mula disiapkan sejak lapan bulan lalu dengan bantuan isterinya, Norzizan Saad, 48, serta empat anak mereka.

Katanya, dia menjual satu set pelita berserta bateri dengan harga RM50 sementara satu set dua batang panjut berserta bateri dengan harga RM60. Pelita dan panjutnya mampu bertahan sehingga 14 hari jika dinyalakan selama 24 jam.

“Tahun lalu, saya berjaya jual kira-kira 3,000 pelita dan pada tahun ini saya berharap panjut ciptaan saya ini mendapat sambutan daripada orang ramai dan setakat ini saya telah mula menerima tempahan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Mujur saya sudah menyediakan stok lebih awal, jika tidak tentu tidak menang tangan dan setakat ini saya sudah belanjakan hampir RM15,000 untuk projek ini dan saya yakin mampu mengembangkan lagi usaha ini pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, setiap hari dia bersama isteri dan anak-anaknya akan memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam untuk membantu membuat pelita dan panjut bateri.

Mekanik hasilkan panjut bateri


Mekanik hasilkan panjut bateri
Juraimi menunjukkan panjut bateri ciptaannya
 
 
LABIS – Selepas pelita raya bateri buatannya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada musim raya tahun lepas, seorang mekanik di Pekan Air Panas, di sini, menghasilkan panjut yang menggunakan kuasa bateri pula.

Juraimi Palal, 48, berkata, dia mendapat ilham mencipta pelita raya bateri pada tahun lepas selepas mendapati suasana hari raya suram kerana tidak ramai yang berminat menyalakan pelita di kawasan rumah ketika ini.

Katanya, melalui pemerhatiannya, orang ramai terpaksa mengotorkan tangan untuk mengisi minyak dan menyalakan pelita setiap hari dan ini adalah salah satu faktor mereka tidak berminat memasang pelita raya terutama di kawasan taman.

“Berbeza dengan pelita biasa yang menggunakan sumbu dan minyak, pelita dan panjut yang saya hasilkan hanya menggunakan bateri dan tidak terjejas walaupun hujan serta lebih mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada tahun ini dia telah menyediakan kira-kira 2,000 panjut bateri dan 3,000 pelita yang mula disiapkan sejak lapan bulan lalu dengan bantuan isterinya, Norzizan Saad, 48, serta empat anak mereka.

Katanya, dia menjual satu set pelita berserta bateri dengan harga RM50 sementara satu set dua batang panjut berserta bateri dengan harga RM60. Pelita dan panjutnya mampu bertahan sehingga 14 hari jika dinyalakan selama 24 jam.

“Tahun lalu, saya berjaya jual kira-kira 3,000 pelita dan pada tahun ini saya berharap panjut ciptaan saya ini mendapat sambutan daripada orang ramai dan setakat ini saya telah mula menerima tempahan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Mujur saya sudah menyediakan stok lebih awal, jika tidak tentu tidak menang tangan dan setakat ini saya sudah belanjakan hampir RM15,000 untuk projek ini dan saya yakin mampu mengembangkan lagi usaha ini pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, setiap hari dia bersama isteri dan anak-anaknya akan memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam untuk membantu membuat pelita dan panjut bateri.

Perbetul teras percukaian negara elak masalah


Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri


SHAH ALAM - Teras percukaian negara khususnya berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu diperbetulkan walaupun kerajaan telah menangguhkan hasrat untuk memperluaskan cukai tersebut kepada 60 jenis barangan lain.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, tindakan menangguhkan pelaksanaan tersebut menunjukkan bahawa kerajaan bermasalah dalam menentukan hala tuju dan dasar percukaian di negara ini.

“Konsep cukai barangan ialah sebagai sumber kewangan kedua negara di saat memerlukan.
“Maka sumber yang diperlukan perlu disempitkan ruang cakupannya bagi mengelakkan bebanan tambahan kepada kewangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beberapa hari lalu, media tempatan melaporkan bahawa lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan GST bermula 1 Julai ini.

Namun begitu, Pengarah Kastam Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy memaklumkan bahawa pihaknya membatalkan perlaksanaan GST untuk lebih 60 bahan makanan tersebut dengan merujuk Perintah Cukai GST (Pembekalan Kadar Sifar) (pindaan (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun tahun ini.

Menurut Subromaniam, implikasi pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih daripada 60 makanan seperti ikan belut, todak, jagung, sayuran sejuk beku dan beberapa jenis buah-buahan import serta marjerin tertakluk kepada cukai tersebut.

Sehubungan itu, Khairuddin memaklumkan bahawa kerajaan perlu membetulkan aspek pengurusan perbelanjaan supaya lebih berhemah berbanding memberi fokus untuk membesarkan saiz pendapatan menerusi cukai.

“Anak kunci kejayaan pengurusan kewangan bukan hanya pada kejayaan membina sumber tetapi lebih kepada kejayaan mengurus perbelanjaan,” katanya.

Tambah beliau, Pas tetap konsistan dengan menegaskan bahawa GST merupakan cukai berdasarkan perbelanjaan yang tidak patuh Syariah kerana dikenakan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan miskin


Azalina: Mahkamah khas kanak-kanak bicara kes pertama 4 Julai

 | June 22, 2017
Mahkamah khas itu akan diperluaskan ke seluruh negara, dengan Johor, Pulau Pinang dan Selangor didahulukan kerana jumlah kes yang didaftarkan di negeri terbabit.
azalina-mahkamah-seksual-kanakPUTRAJAYA: Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dilancarkan hari ini akan membicarakan kes pertamanya pada 4 Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Said.
Katanya, mahkamah khas itu akan diperluaskan ke seluruh negara, dengan Selangor, Pulau Pinang dan Johor didahulukan kerana jumlah kes yang didaftarkan di negeri terbabit.
Beliau tidak menolak kemungkinan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 akan dipinda, jika perlu.
“Bila mahkamah mula pada 4 Julai, kita akan memantau kes-kes dan lihat keberkesanaannya, terutamanya dalam penggunaan akta…apa yang tidak mencukupi atau kelemahan, kita akan timbang untuk pindaan.
“Semoga dengan adanya mahkamah ini, pemangsa seksual di luar sana akan lebih takut…pelaku tidak melarikan diri,” katanya pada majlis perasmian Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak, hari ini.
Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperkenalkan pelbagai kesalahan jenayah seksual kanak-kanak, dengan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda RM20,000 serta minimum 6 sebatan.
Ia mencakupi 7 perkara, iaitu pornografi kanak-kanak; pengantunan kanak-kanak (child grooming); serangan seksual fizikal dan bukan fizikal; hukuman terhadap orang yang mempunyai perhubungan amanah (seperti ahli keluarga dan guru) yang terbabit atau bersubahat; serta penekanan terhadap keterangan saksi kanak-kanak.
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmiannya berkata, Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak itu adalah yang pertama ditubuhkan di Asia Tenggara.
“Dengan kewujudan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak ini, sekaligus akan mempercepat dan melancarkan semua prosiding serta perbicaraan kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak.
“Malah, saya berharap kes ini dapat diselesaikan seboleh-bolehnya kurang setahun, berbanding kini yang ada kalanya berlarutan beberapa tahun.”
Perdana menteri turut menggesa sebuah jawatankuasa kerja ditubuhkan segera bagi merangka garis panduan khas mengendalikan kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak.
Katanya, ia harus dianggotai mahkamah, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta NGO berkaitan.
“Ia perlulah menepati kehendak dan keperluan saksi kanak-kanak, serta selaras amalan terbaik di negara lain,” katanya yang turut diberi taklimat oleh pihak mahkamah di kamar yang bakal menjadi lokasi perbicaraan kes itu serta melawat bilik saksi yang dihias khas oleh Permata.
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan dan 422 kes luar tabii melibatkan mangsa 18 tahun ke bawah, pada 2015 dan 2016.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/22/azalina-mahkamah-khas-kanak-kanak-bicara-kes-pertama-4-julai/#sthash.jEQ98P0W.dpuf

Azalina: Mahkamah khas kanak-kanak bicara kes pertama 4 Julai

 | June 22, 2017
Mahkamah khas itu akan diperluaskan ke seluruh negara, dengan Johor, Pulau Pinang dan Selangor didahulukan kerana jumlah kes yang didaftarkan di negeri terbabit.
azalina-mahkamah-seksual-kanakPUTRAJAYA: Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak yang dilancarkan hari ini akan membicarakan kes pertamanya pada 4 Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Said.
Katanya, mahkamah khas itu akan diperluaskan ke seluruh negara, dengan Selangor, Pulau Pinang dan Johor didahulukan kerana jumlah kes yang didaftarkan di negeri terbabit.
Beliau tidak menolak kemungkinan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 akan dipinda, jika perlu.
“Bila mahkamah mula pada 4 Julai, kita akan memantau kes-kes dan lihat keberkesanaannya, terutamanya dalam penggunaan akta…apa yang tidak mencukupi atau kelemahan, kita akan timbang untuk pindaan.
“Semoga dengan adanya mahkamah ini, pemangsa seksual di luar sana akan lebih takut…pelaku tidak melarikan diri,” katanya pada majlis perasmian Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak, hari ini.
Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperkenalkan pelbagai kesalahan jenayah seksual kanak-kanak, dengan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda RM20,000 serta minimum 6 sebatan.
Ia mencakupi 7 perkara, iaitu pornografi kanak-kanak; pengantunan kanak-kanak (child grooming); serangan seksual fizikal dan bukan fizikal; hukuman terhadap orang yang mempunyai perhubungan amanah (seperti ahli keluarga dan guru) yang terbabit atau bersubahat; serta penekanan terhadap keterangan saksi kanak-kanak.
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmiannya berkata, Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak itu adalah yang pertama ditubuhkan di Asia Tenggara.
“Dengan kewujudan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak ini, sekaligus akan mempercepat dan melancarkan semua prosiding serta perbicaraan kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak.
“Malah, saya berharap kes ini dapat diselesaikan seboleh-bolehnya kurang setahun, berbanding kini yang ada kalanya berlarutan beberapa tahun.”
Perdana menteri turut menggesa sebuah jawatankuasa kerja ditubuhkan segera bagi merangka garis panduan khas mengendalikan kes kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak.
Katanya, ia harus dianggotai mahkamah, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta NGO berkaitan.
“Ia perlulah menepati kehendak dan keperluan saksi kanak-kanak, serta selaras amalan terbaik di negara lain,” katanya yang turut diberi taklimat oleh pihak mahkamah di kamar yang bakal menjadi lokasi perbicaraan kes itu serta melawat bilik saksi yang dihias khas oleh Permata.
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan dan 422 kes luar tabii melibatkan mangsa 18 tahun ke bawah, pada 2015 dan 2016.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/22/azalina-mahkamah-khas-kanak-kanak-bicara-kes-pertama-4-julai/#sthash.jEQ98P0W.dpuf

'Pas ibarat orang main dam aji kalih tudung botol'


Zolkharnain Abidin

ARIF ATAN

Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan pendirian Pas termasuk terbaharu berhubung kerjasama dengan PKR seperti 'orang main dam aji kalih tudung botol'.

Hal ini ujarnya dapat dilihat pada kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini yang mendakwa parti yang tidak berpayung di bawah Pakatan Harapan itu terbuka untuk kerjasama dengan PKR.

"Tak sampai dua bulan, pendirian Pas berubah terhadap Keadilan. Sebelum ini, timbul urat leher pemimpin Pas beritahu, Pas lebih kuat dan sanggup berdepan sesiapa saja secara bersendirian.

"Akhirnya, tak sampai dua bulan Pas mengaku kalah. Pas sedar bersendirian masuk pilihan raya maksudnya bersendirian jugalah ia menggali kuburnya sendiri," bidasnya dipetik dari catatan beliau di Facebook hari ini.

Untuk rekod, Dewan Ulama Pas meluluskan usul putus hubungan dengan PKR pada 27 April lalu yang kemudian disahkan Majlis Syura parti itu pada 11 Mei.

Walau bagaimanapun, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan semalam berkata, Pas 'membuka ruang pada semua' kecuali DAP dan Amanah bahkan meyakini gabungan partinya bersama PKR dan Bersatu berpotensi untuk menumbangkan BN.

Sehubungan itu, Zolkharnain melihat Pas tidak tetap pendirian bahkan menjual prinsip memandangkan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersebut bertegas tidak akan bersama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan Amanah dan DAP.

"Sebelum itu lagi, bukan main tegas Pas pasakkan pendirian tak akan bekerjasama dgn mana-mana parti yg bekerjasama dgn DAP dan Amanah.

"Keadilan bukan parti Islam tapi parti sekular pragmatik. Demikian label Pas kepada Keadilan. Kini, semuanya berkalih macam orang main dam aji kalih tudung botol. Tiada pilihan, kalih pun kalihlah, asalkan boleh main dam politik kluk klek," ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Perlis berpendapat perkataan dasar Islam dalam perlembagaan parti bulan itu seperti asap setanggi untuk menutup bau sebenar 'rumahtangga' Pas.

"Minggu lepas, perjuangan ini demi agama, minggu ini perjuangan ini demi undi. Tahun lalu, kita akan berjuang bersendirian demi prinsip. Tahun ini, kita terbuka untuk berkawan. Dah jual prinsip? Lidah bergulung, bahkan bercabang juga.

"Pas sebenarnya tidak konsisten dengan pendirian politiknya. Di dalam bilik-bilik rumah Pas ada kain pelikat dan serban tak berbasuh, ada lampin tidak berbuang dan ada longgokan sampah yang berulat. Bau setanggi dasar Pas menutup semua bau hapak itu," selarnya.

Namun, jelasnya, bau setanggi berkenaan pada masa ini semakin tewas dengan bau hapak itu menyebabkan pemimpin Pas kelam-kabut memanggil orang itu dan orang ini untuk bersamanya, kononnya menikmati bau setanggi.

"Padahal dari jauh orang sudah terbau hapaknya. PPBM (Bersatu) juga diajaknya, padahal sebelum ini mereka menolak Tun Mahathir yang kini mengetuai PPBM. Semua buruk Tun M diungkit. Tapi kini? Boleh berkirakah politik hapak sebegini?" soalnya.

Mengakui hak Pas untuk menyusun langkah politiknya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ini, Ustaz Zolkharnain mengingatkan supaya rakyat perlu diberitahu tentang sikap parti tersebut.

"Parti politik seperti Pas bukanlah parti yang sesuai untuk menjadi platform kepada aktivis politik bermaruah. Parti itu hanya sesuai untuk mereka yang suka beretorik dan bergurindam politik," tegas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan selepas Pilihan Raya Umum 1999 itu lagi.

Pemuda PH gesa SPRM siasat isteri MO1 dan barang kemas RM128 juta

MALAYSIA DATELINE

Faiz dan Pemuda PH mempamerkan laporan SPRM kepada media di hadapan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi tadi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat individu dikenali sebagai 'isteri MO1' yang menerima hadiah barang kemas mewah bernilai lebih RM128 juta seperti didedahkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru.

Malah SPRM diminta menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti 'isteri MO1' yang didakwa dihadiahkan 28 barangan kemas bernilai USD28.6 juta (RM128 juta) berupa seutas rantai berloket berlian merah jambu 22 karat bernilai USD27.3 juta (RM122 juta) dan 27 barang kemas bernilai USD1.3 juta (RM6 juta).

SPRM juga perlu menyiasat dan merampas 28 barangan kemas yang disebut dalam saman DoJ untuk dikenal pasti sumber sebenar perolehannya dan penglibatan 'isteri MO1' dalam skandal 1MDB sama ada hadiah 28 barangan kemas tersebut adalah penghargaan oleh ahli perniagaan Jho Low atau arahan 'isteri MO1' sendiri?

Tuntutan tersebut terkandung dalam laporan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil kepada SPRM di Putrajaya pagi ini.

Konspirasi RM50 juta DOJ: Exco Pemuda Umno cabar Syed Saddiq letak jawatan

DALIA ISMAIL


Syed Saddiq Armand Azha


Exco Pemuda Umno Malaysia Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak layak memimpin Armada kerana beliau dakwanya tidak mendapat sokongan ahli exconya yang telah  membocorkan  dan menyebarkan maklumat berkaitan konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin negara melalui Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).

"Syed Saddiq tidak layak jadi ketua parti pribumi apabila tidak mendapat sokongan  exco beliau bahawa penglibatannya secara langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri," ujarnya dalam sidang media di ibupejabat Gerakan Merah hari ini.

Beliau mengulas mengenai dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Ketua Armada Bersatu  itu bersama dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 'merancang' saman sivil DOJ ke atas 1MDB.

Sebaliknya Syed Saddiq dalam sidang akhbar menafikan dakwaan dibuat oleh Raja Petra itu dan semalam telah membuat laporan polis mengenai dakwaan itu.

Raja Petra mendakwa Syed Saddiq memberitahu ahli-ahli exco Armada bahawa Mahathir dan penyokongnya membelanjakan RM50 juta untuk merangka saman DOJ itu.

Sebelum itu Exco Armada Pusat Abd Wahazir Abdu Wahab dan Mohd Hafiz Azhari tampil secara terbuka untuk mendesak Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu yang mengaitkan diri mereka.

Justeru Armand Azha berkata, Syed Saddiq juga perlu menjawab persoalan berkaitan dengan kekayaan dan skandal membabitkan pemimpin Bersatu  sebagaimana dakwaan exco armada terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sepatutnya Syed Saddiq menjawab isu berkaitan dengan kekayaan dimiliki Dr Mahathir dan skandal Muhyiddin sebagaimana dakwaan exconya berbanding mempertahankan dirinya ke atas dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra terhadapnya.

"Apa yang dilaksanakan Armada sekadar untuk menutup kelemahan yang ada. Ini kerana ramai rakan mereka keluar Armada kerana sudah hilang keyakinan terhadap pemimpinnya.

"Gerak kerja politik kurang bijak Syed Saddiq dan rakan exco adalah dikalangan kumpulan budak hingusan yang nak main politik tetapi gagal.

"Patut kena jawab tentang isu kekayaaan luar biasa Tun Mahathir dan isu skandal Muhyiddin bukan membangkitkan isu yang dibawa exco armada dengan isu DoJ," ujarya.