HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Jun 2017

112 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran


Seramai 112 penduduk rumah panjang Blok N, Uma Badeng, Sungai Koyan di Belaga, hilang tempat tinggal dalam kejadian kebakaran petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba Bintulu, Mohd Ishak Imran, bagaimanapun berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran melibatkan 15 pintu rumah panjang berkenaan.

"Bomba Bintulu menerima panggilan pada 5.45 petang dan sampai di lokasi pada 6 petang. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.23 petang," katanya ketika dihubungi.

Ishak berkata lokasi kebakaran adalah satu penempatan kaum Kenyah yang terdapat banyak blok bangunan dibuat rumah panjang.

Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat, namun percaya api mula merebak daripada bahagian tengah rumah panjang tersebut.- Bernama


Tiada ulasan: