HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Jun 2017

1MDB nafi DoJ, sifatkan tiada bukti jelas

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tiada bukti jelas, itu kenyataan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap dokumen terbaru yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas aset bernilai RM2.3 bilion yang didakwa dilarikan.
 
Terdahulu Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Pejabat Perdana Menteri menyifatkan dokumen terbaru itu sebagai ulangan tanpa bukti kukuh.
 
“1MDB mengambil maklum yang permohonan sivil itu tidak mempunyai lampiran yang menyatakan bukti bertulis dan kenyataan saksi untuk menyokong dakwaan DoJ,” demikian memetik kenyataan 1MDB, hari ini.
 
DoJ pada semalam memfailkan dokumen lebih dari 200 mukasurat tu sebuah mahkamah di California sebagai usaha merampas aset dan hartanah mewah yang didakwa dibeli menggunakan wang yang dilarikan 1MDB.
 
Tahun lalu DoJ mengumumkan hasil siasatannya dengan mendakwa berlaku kecurian lebih dari RM19 bilion dalam 1MDB yang juga melibatkan pegawai atasan dan sekutu mereka.
 
Dalam pada itu 1MDB bertegas tidak ada kaitan dengan permohonan AS, selain tidak menerima sebarang panggilan daripada DoJ.
 
Syarikat milik Kementerian Kewangan itu bagaimanapun menyatakan kesediaannya memberi kesediaan kerjasama “dengan mana-mana pihak berkuasa luar negara, berdasarkan protokol antarabangsa mengenai perkara itu dan nasihat pihak berkuasa tempatan yang berkaitan."
 
 

Tiada ulasan: