HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Jun 2017

Aliran trafik terkawal, kenderaan meningkat petang ini

SINAR ONLINE

Aliran trafik
Gambar hiasan. - Foto myputrajayanews.com


KUALA LUMPUR  - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih lancar dan terkawal setakat jam 12 tengah hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata aliran trafik dijangka meningkat pada sebelah petang berikutan pertambahan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri.

"Aliran trafik ke arah utara serta selatan masih lagi lancar dan terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada Ahad ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar dan terkawal.

"Aliran trafik bagi Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar di kedua-dua arah," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.  - Bernama

Tiada ulasan: