HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 Jun 2017

Ambiga : Canang Anwar Jadi PM Rosakkan Agenda PH Tawan Putrajaya





Mencanang nama banduan, Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri merosakkan nama Ketua Umum PKR itu sendiri malah menggagalkan cita-cita Pakatan Harapan menawan Putrajaya pada PRU 14, kata bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.


Katanya, ia seolah-olah memberi gambaran bahawa jawatan PM adalah matlamat utama Anwar dan ini akan menimbulkan persengketaan antara barisan pimpinan Pakatan Harapan.

“Ini pandangan saya. Saya mungkin hilang kawan kerana mengatakan hal ini. Mereka (pembangkang) hanya menyusahkan Anwar. Mereka hanya memperlihatkan Anwar mahu jadi PM sahaja.

“Mereka perlu berundur dan fikir semula mengenai apa yang mereka lakukan,” katanya pada Forum Sosial Prihatin di Gereja Westley Methodist, Kuala Lumpur hari ini, lapor The Malaysian Insight.

PH semalam terpaksa menanguhkan pengumuman pemegang jawatan ke minggu depan sebelum dapat diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

The Malaysian Insight melaporkan penangguhan keputusan tersebut ditangguhkan kerana nota Anwar daripada penjara.

The Malaysian Insight melaporkan ketua umum PKR, Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat, mahu cadangan sebelum ini dikekalkan, membantutkan rancangan PH untuk mendedahkan barisan kepimpinannya semalam.



Menurut sumber walaupun majoriti pemimpin PH bersetuju dengan cadangan baharu yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden, namun Anwar menerusi notanya bertegas mahukan senarai asal dikekalkan.




Dalam senarai asal yang dipersetujui sebelum ini ialah penasihat (Dr Mahathir dan Anwar), pengerusi (Dr Wan Azizah) manakala tiga ketua parti iaitu Muhyidin Yassin (Bersatu), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP) adalah naib pengerusi.

PPBM mempersoalkan struktur itu dan berkata ia seolah-olah Dr Mahathir tidak ada kuasa eksekutif sebagai penasihat parti.

“Mesyuarat hari ini untuk menilai cadangan supaya Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi manakala Dr Wan Azizah sebagai presiden,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

“Namun kerana adanya nota dari penjara itu, cadangan ini terpaksa ditangguhkan.”

The Malaysian Insight difahamkan PPBM, Amanah dan DAP bersetuju dengan cadangan baharu itu namun PKR mahu merujuk kepada Anwar terlebih dulu sebelum ia dipersetujui.

Ambiga yang kurang senang dengan perkembangan terkini PH itu mengakui Anwar adalah faktor kekuatan pembangkang pada dua pilihan raya lalu, namun bukan untuk PRU 14.

“Faktor Anwar tiada dalam pilihan raya akan datang.. ada ramai anggota Parlimen yang berbakat untuk pilihan raya akan datang.

“Pandangan saya, pembangkang masih ada peluang kerana rakyat mahukan perubahan,” katanya di dalam forum.

Tiada ulasan: