HALAMAN SANTAI

Rabu, 14 Jun 2017

Anak 'dipaksa' hisap dadah kerana dendam terhadap bekas suami

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
 
SUNGAI PETANI: Mahu sakitkan hati bekas suami, itu alasan diberikan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak selepas video memaparkan aksi anaknya dipaksa menghisap dadah tular di media sosial baru-baru ini.
 
Wanita itu juga mendakwa paip yang dipegang kanak-kanak itu juga kosong dan tidak mengandungi sebarang jenis dadah.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Atrash Wahid berkata wanita itu membuat pengakuan tersebut selepas disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, hari ini.
 
Wanita itu terlebih dahulu ditahan pada jam 1.30 petang tadi, kemudian dibawa bersama kanak-kanak berkenaan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk mengambil sampel darah dan air kencing.
 
Hasil keputusan air kencing mendapati wanita dan kanak-kanak terbabit negatif dari sebarang jenis dadah.
 
Mior Farid dalam pada itu memaklumkan wanita tersebut tidak direman kerana sedang mengandung lapan bulan, manakala teman lelakinya masih diburu pihak polis.
 
Isnin lalu nenek kanak-kanak terbabit membuat laporan  polis selepas melihat tujuh rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kanak-kanak terbabit  didakwa dipaksa menghisap dadah.
 
 

Tiada ulasan: