HALAMAN SANTAI

Khamis, 15 Jun 2017

Apa yang kita tahu atau tidak tahu tentang Russiagate

Amanda Becker, Reuters


Agensi perisikan Amerika mendakwa Rusia campur tangan dalam pilihan raya presiden 2016 untuk memberi manfaat kepada Presiden Donald Trump.

Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan jawatankuasa kongres sedang menyiasat campur tangan Rusia dan mungkin pakatan sulit dengan ahli-ahli kempen Trump. Berikut adalah apa yang umum tahu dan tidak tahu mengenainya:

Bagaimana siasatan bermula?

Bekas Presiden Barack Obama mengarahkan agensi perisikan AS untuk menilai sama ada Rusia cuba campur tangan dalam pilihan raya selepas serangan siber ke atas Jawatankuasa Kebangsaan Demokratik pada bulan Julai 2016 dan penerbitan ribuan emel peribadi yang digodam dari pengurus kempen Hillary Clinton pada bulan sebelum pilihan raya 8 November.

Obama meminta pegawai perisikan untuk mengemukakan satu laporan mengenai kemungkinan campur tangan asing sebelum dia meninggalkan Rumah Putih pada bulan Januari 2017.

Apakah agensi perisikan temui?

Agensi Perisikan Pusat, Biro Penyiasatan Persekutuan dan Agensi Keselamatan Negara membuat kesimpulan dalam satu laporan pada Januari bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan kempen bukan sahaja untuk melemahkan keyakinan terhadap sistem pilihan raya AS tetapi menjejaskan keputusannya.

Agensi-agensi itu berkata Putin dan kerajaan Rusia mempunyai keutamaan yang jelas bagi Trump menghuni Rumah Putih. Sekutu Putin menggodam maklumat, membayar "Trolls" media sosial dan menyokong usaha agensi-agensi kerajaan Rusia dan media yang dibiayai kerajaan untuk mempengaruhi pendapat umum, kata agensi-agensi itu lagi.

Laporan itu tidak menyatakan sama ada Rusia berjaya memberi kesan dan mempengaruhi keputusan pilihan raya itu.

Putin dan pegawai-pegawai Rusia telah berulang kali menafikan campur tangan dalam pilihan raya AS.

Berapa banyak siasatan AS terhadap dakwaan campur tangan dalam pilihan raya Rusia?

James Comey, yang dipecat oleh Trump sebagai pengarah FBI, memberitahu Jawatankuasa Perisikan Kongres pada 20 Mac bahawa biro itu menyiasat peranan Moscow dalam pilihan raya itu, termasuk kemungkinan wujud pakatan sulit dengan kempen Trump.

Jabatan Kehakiman mengumumkan pada 17 Mei bahawa ia telah melantik Robert Mueller, bekas pengarah FBI, sebagai peguam khas untuk menerajui satu siasatan bebas terhadap dakwaan campur tangan Rusia itu. Mueller akan, jika ada merit bukti, bekerjasama seiring dengan FBI untuk mengendalikan sebarang pendakwaan jenayah yang berkaitan.

Di samping itu, terdapat pelbagai jawatankuasa di Senat dan Kongres yang menyiasat pelbagai aspek campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden.

Tiada ulasan: