HALAMAN SANTAI

Selasa, 13 Jun 2017

Cukai Pelancongan Bukan Sahaja Membebankan Rakyat Tapi Meniru Pakatan Harapan!!

Suara Kebenaran




Keputusan BN untuk melaksanakan cukai pelancongan berkuatkuasa Julai ini, bukan sahaja menambah kos sara hidup (dan seterusnya membebankan rakyat) malah turut meniru apa yang telah lama dilaksanakan di Penang dalam bentuk cukai katil.

RM20 semalam seperti yang dicadangankan Menteri Nazri Aziz ini, memang membebankan dan menyukarkan rakyat berpendapatan rendah untuk menginap di hotel.  Apatah lagi dengan musim cuti perayaan dan cuti sekolah yang semakin hampir ini, menyukarkan rakyat berpendapatan rendah untuk menginap di Hotel.

Dari satu sudut yang lain, pengenalan cukai ini meniru perlaksanaan cukai katil di Penang.  Dimana maruah BN meniru perlaksanaan dasar yang diperkenalkan Pakatan Harapan (melalui DAP)?  Apa tidak tahu malukah meniru Pakatan Harapan?

Hari-hari UMNO/BN dan macai mereka menuduh Pakatan Harapan tidak kompeten serta tidak tahu memerintah tapi boleh pula meniru apa yang dilaksanakan DAP di Penang.

Justeru kita tidak hairan kalau diakhirnya cukai ini tidak jadi untuk dilaksanakan, atau kalau dilaksanakan sekalipun hanya dikenakan kepada pelancong asing sahaja.  Masih kena cukai cuma terhad di kalangan pelancong asing berbanding cukai katil di Penang yang dikenakan kepada semua bilik yang ditempah.

Adalah sedikit perbezaan walaupun sebenarnya benda yang sama.



Tiada ulasan: