HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Jun 2017

Didenda RM3,000 miliki gambar lucah

SINAR ONLINE

Mahkamah


KUALA LUMPUR - Seorang perunding syarikat insurans didenda RM3,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki gambar lucah bekas teman wanitanya, akhir bulan lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu ke atas Kenneth Chong Po-Ken, 33,
selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki gambar berunsur lucah milik bekas teman wanitanya berusia 32 yang disimpan di dalam cakera keras Western Digital miliknya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Brickfields, di sini pada 1.45 pagi, 30 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin manakala tertuduh diwakili peguam Alex Anton Netto. – Bernama

Tiada ulasan: