HALAMAN SANTAI

Isnin, 12 Jun 2017

Dilarang pakai purdah di Austria atau denda AS$168

 
 
Pendatang asing perlu menyertai 'program integrasi' selama 12 bulan meliputi kursus bahasa Jerman dan bayaran keselamatan sosial akan dipotong jika mereka gagal menghadiri kursus itu.


austria-berniqab

VIENNA: Austria meluluskan dasar baharu yang melarang umat Islam mamakai burqa atau purdah menutup seluruh wajah pemakainya di tempat awam mulai 1 Oktober ini.

Tindakan Austria itu sama dengan beberapa negara di Kesatuan Eropah, bermula dengan Perancis yang melaksanakan pengharaman itu pada 2011.

Di Austria, mereka yang melanggar undang-undang baharu itu boleh didenda sehingga 150 euro (AS$168), mengikut undang-undang diluluskan Parlimen pada Mei lalu dan ditandatangani presiden negara itu minggu lalu.

Langkah lain termasuk mengharamkan pengedaran bahan ekstremis dan pendatang asing wajib menandatangani “kontrak integrasi”.

Mereka juga perlu menyertai “program integrasi” selama 12 bulan meliputi kursus “nilai-nilai” dan bahasa Jerman. Bayaran keselamatan sosial akan dipotong jika mereka gagal menghadiri kursus itu.

Undang-undang itu digubal kerajaan berhaluan tengah ketika rakyat memberi sokongan kuat kepada parti sayap kanan dan kemasukan 90,000 pencari suaka sejak 2015.

Austria akan mengadakan pilihan raya awal pada 15 Oktober ini selepas “kerajaan campuran besar” di bawah pimpinan Canselor, Christian Kern dibubarkan.

Calon Parti Kebebasan (FPO) yang hampir memenangi jawatan presiden Austria tahun lalu, kini mendahului tinjauan pendapat menjelang pilihan raya pada Oktober ini.


Tiada ulasan: