HALAMAN SANTAI

Khamis, 15 Jun 2017

Disebalik Sekatan Ke Atas Qatar


Oleh IZWAN ABDUL HALIM



GOMBAK: Krisis sedang berlaku di Asia Barat khususnya terkini melibatkan sekatan ke atas Qatar mempunyai hubung kait dengan usaha kebangkitan untuk membebaskan bumi Palestin, demikian menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Terangnya, bumi di sekitar itu telah menjadi tempat pertembungan tiga penganut agama iaitu Islam, Yahudi dan Nasrani dengan silih berganti sejak zaman Khalifah Umar al-Khattab berada dalam pegangan ketiga-tiga pihak.

“Sesiapa yang memiliki bumi Palestin, maka akan menguasai bumi. Itu apa yang berlaku dalam sejarah dan hari ini kita lihat yang menguasai dunia ialah orang-orang Yahudi, khususnya Zionis Yahudi. Walaupun hari ini kuasa besar dunia (adalah) Amerika Syarikat, (tetapi) di belakangnya ialah pengaruh Zionis Yahudi.

“Mana-mana Presiden Amerika Syarikat yang nak menang dalam Pilihan Raya Presiden Amerika, mestilah disokong oleh Zionis Yahudi dan mestilah memberikan sokongan kepada negara haram Israel,” ujarnya pada program Teh Tarik For Malaysia di sini, 10 Jun lalu.

Namun katanya, pada 2011 berlaku Arab Spring di mana kebangkitan itu telah menjatuhkan rejim di Mesir, Tunisia dan menyebabkan pergolakan hingga ke hari ini di Syria, Yaman dan Libya.

Lantaran itulah ujarnya, Arab Saudi, UAE, Bahrain, Timur Libya dan Maldive membentuk sokongan untuk memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan melindungi kumpulan atau individu pengganas yang antara disenaraikan adalah Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Dr Syeikh Yusuf al-Qardhawi.

Qatar juga didakwa masuk campur urusan-urusan negara lain menggunakan stesen TV Al-Jazeera dengan membawa agenda keterbukaan mengkritik kerajaan-kerajaan Negara Arab yang dilihat boleh menjadi kebangkitan seperti Arab Spring.

“Ketiganya ialah mereka mendakwa bahawa Qatar mempunyai hubungan dengan Iran, ini sangat menarik. Beberapa hari sebelum tindakan Arab Saudi dan UAE ke atas Qatar yang menuduh Qatar mempunyai hubungan dengan Iran yang menjadi musuh utama kepada mereka, laman web Al-Jazeera telah digodam.

“Kemudian selepas daripada itu, stesen TV Al-Jazeera dan juga laman webnya mendedahkan bagaimana penggodam-penggodam daripada Russia telah berjaya memintas email-email yang dihantar oleh Duta UAE iaitunya namanya Yussof Al-Utaybi kepada beberapa pihak di Amerika Syarikat khususnya satu institut yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan Zionis Yahudi khususnya negara haram Israel.

“Di antara kandungan dalam surat ini ialah menyatakan bahawa UAE menyokong cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki, bahkan memberikan sumbangan supaya rampasan kuasa itu berjaya.

Jadi kita lihat kalau tak silap saya dalam dua tiga hari selepas pendedahan ini, maka berlakulah tindakan daripada pihak Arab Saudi, UAE, untuk mengenakan tindakan ke atas negara Qatar tadi,” hurai beliau.

Tiada ulasan: