HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Jun 2017

Dr. Ting Tidak Perlu Lucut Kerakyatan Australia

Suara Kebenaran




Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching sebelum ini yang membatalkan keputusan DUN Sarawak untuk memecat ADUN Pujut, Dr. Ting Tiong Choon, kepada sesetengah pihak, memberi maksud bahawa tidak ada masalah untuk rakyat kita menjadi warga negara lain dan masih mengekalkan kerakyatan disini, malah bertanding dalam pilihanraya pun.

Bertuah.

Kalau tahu nak jadi macam ini hari tu, Dr. Tiong tidak sepatutnya melucutkan kerakyatan Australia yang dimiliki beliau kerana bukan mudah nak memohon semula kerakyatan Australia tersebut.  Perlu diingatkan bahawa, antara alasan penghakiman ialah, keputusan DUN Sarawak memecat Dr. Ting itu sebagai tidak berpelembagaan.

Kita harap kerajaan Sarawak tidak meneruskan hasrat untuk merayu keputusan ini di Mahkamah Rayuan kerana ia ibarat mengkhianati Mahkamah Sarawak yang telah memutuskan bahawa Dr. Ting layak menjadi ADUN di negeri itu sekalipun pernah memegang kerakyatan Australia.

Ini adalah kali kedua Mahkamah Tinggi memihak kepada Dr. Ting, kali pertama ketika menolak petisyen pilihanraya calon BN yang kalah dalam pilihanraya negeri tahun lepas menunjukkan secara jelas bahawa undang-undang menyebelahi Dr. Ting.

Kalau dirujuk ke Mahkamah Rayuan, ia bermaksud bukan lagi undang-undang Sarawak tapi undang-undang persekutuan, apa saja boleh jadi.

Tiada ulasan: