HALAMAN SANTAI

Sabtu, 17 Jun 2017

Gerakan ramal PRU14 tahun depan

 
Presiden Gerakan berkata, partinya mendapati tiada sebarang petanda yang PRU14 akan diadakan tahun ini.


Mah-Siew-Keong-ge14 

PETALING JAYA: Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong meramalkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak akan diadakan tahun ini seperti diramalkan oleh banyak pihak.

Beliau berkata, partinya mendapati tiada sebarang petanda yang PRU14 akan diadakan tahun ini.

Penganalisis dan pemimpin-pemimpin kebanyakan parti utama pada awalnya menjangkakan PRU14 akan dipanggil April-Mei lalu dan jangkaan itu kemudian memfokus Oktober atau November tahun ini.

Mengambil kira perkembangan politik dan isu-isu semasa ramai menjangkakan PRU14 kemungkinan besar akan berlangsung pada akhir suku pertama tahun depan. Kemungkinan tarikh itu juga ada kaitan dengan penyelesaian isu berkaitan persempadanan semula bahagian pilihan raya.

Kerajaan pusat mempunyai mandat sehingga pertengahan tahun depan.

Kata beliau, mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan pada hari ini membincangkan tentang persiapan menjelang PRU14.

“Kini terdapat indikasi ia tidak akan berlaku tahun ini, yang pasti PRU takkan datang segera. Parti gerakan akan terus bekerja keras di kawasan-kawasan Parlimen menghadapi PRU14,” kata beliau dipetik Malaysia Gazette.

Menurut beliau, Gerakan tidak khuatir jika PRU14 diadakan pada hujung tahun ini atau tahun hadapan kerana partinya sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

“Gerakan dan anggota kami bekerja bersungguh-sungguh turun padang dan bertemu masyarakat dalam menawarkan perkhidmatan terbaik sejak dahulu lagi.

“Cuma usaha itu digandakan kali ini, dan sebagai tambahan kita akan mengadakan latihan multimedia untuk kesemua 45 penyelaras kami.

“Calon Gerakan untuk PRU14 sudah ada tapi keputusan terakhir akan dimuktamadkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” kata beliau.

Tiada ulasan: