HALAMAN SANTAI

Khamis, 15 Jun 2017

Guru liwat saya lebih 50 kali, kata pelajar

 
Pelajar 14 tahun itu mendakwa diliwat suspek, 42, sejak Ogos 2015 dan berterusan sehingga bulan lepas.


liwat_guru_pelajar_6002


PETALING JAYA: Seorang guru dari sebuah sekolah di Mukah, Sarawak, ditahan kerana didakwa meliwat seorang pelajar sekurang-kurangnya 50 kali sejak 2015, lapor The Star.

Penahanannya berikutan laporan polis yang dibuat selepas pelajar tersebut, 14, menceritakan kejadian itu kepada seorang guru lain kerana tidak tahan diserang secara seksual.

Polis berkata pelajar lelaki mendakwa diliwat suspek, 42, sejak Ogos 2015 dan berterusan sehingga bulan lepas.

“Budak lelaki itu berdiam diri kerana dia takut kepada guru itu,” kata Ketua Polis Daerah Mukah Timbalan Supt Jimmy Panyau menurut laporan itu.

Menurutnya, suspek meliwat pelajar itu dalam 5 kejadian berasingan antara Februari dan Mei tahun ini.

Menceritakan bagaimana serangan itu bermula, Panyau berkata pelajar itu menceritakan guru tersebut meliwatnya di kuarters guru dan di sebuah hotel di Kapil dalam 20 kejadian berasingan antara Ogos dan Disember 2015.

“Mangsa juga mendedahkan dia diliwat suspek kira-kira 30 kali di sebuah rumah di Kemuyang, Sibu,” kata Panyau, menurut The Star.

Suspek juga mengajar di sekolah luar bandar di Kapit, di tempat di mana beliau ditahan semalam.
“Suspek akan dihantar ke balai polis Mukah esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan,” kata Panyau.

Jika disabit kesalahan, guru itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan

Tiada ulasan: