HALAMAN SANTAI

Khamis, 15 Jun 2017

Israel Sebenarnya Pengganas,Tapi Islam Di Tuduh

Oleh IZWAN ABDUL HALIM




GOMBAK: Umat Islam perlu jelas terhadap definisi keganasan (terrorisme) di mana telah dipropagandakan Barat hari ini terhadap kumpulan yang memperjuangkan hak-hak, agama, harta dan tanah air mereka dari rampasan oleh Zionis Israel, demikian seru Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

“Kalau kita lihat keganasan itu hanya (ke atas) kumpulan-kumpulan yang bersandarkan kepada Islam, ini tidak betul. (Sedangkan) Di sana terdapat negara-negara yang menyokong keganasan, termasuklah negara haram Israel.

“Dalam keadaan negara-negara lain tidak boleh memiliki bom nuklear, tiba-tiba Israel boleh memiliki bom nuklear, mengugut negara Iran dan sekelilingnya,” ujarnya pada sesi Teh Tarik For Malaysia, di sini 10 Jun lalu.

Malah katanya, negara haram itu juga menyebabkan pembunuhan pejuang Islam di UAE dan Tunisia, tetapi Islam juga tetap dituduh pengganas di mana perkara itu sepatutnya disedari Arab Saudi dan negara-negara yang berkrisis dengan Qatar.

Menurutnya juga, kekayaan mewah melimpahi negara-negara Arab juga membuatkan mereka lupa kepada umat Islam di negara lain yang tertindas dan kebuluran di mana sikap sayangkan kedudukan serta jawatan menyebabkan mereka masuk ke dalam perangkap musuh Islam.

“Sepatutnya kita negara-negara Islam ini kena bersatu, soal berselisih pandangan itu tak jadi masalah kerana itu lumrah. Tapi mesti kena bersatu. Pertama sekali kena bersatu untuk menentang musuh yang sama. Di sini mereka sendiri tak boleh bersatu untuk menentang musuh yang sama iaitu negara haram Israel. Ia menjadi darah daging di dalam dunia Islam pada ketika ini.

“Sampai hari ini kita lihat malangnya negara-negara ini mereka tidak mengisytiharkan negara Israel sebagai musuh. Sedangkan mereka mengenakan tindakan kepada negara Islam bahkan sebangsa.

Daripada ayat-ayat suci al-Quran petunjuk sepanjang zaman yang mana Allah S.W.T sebut orang-orang beriman ini mereka ini “azillatin alal mukminin” iaitu merendah diri sesama orang beriman dan “aizatil alal kafirin” iaitu bersikap tegas kepada orang kafir.

“Tapi hari ini berlaku terbalik, “aizatil alal mukminin wa azilatil alal kafirin”, sesama orang Islam keras nak bertempur nak berlawan tapi dengan orang kafir tunduk. Dengan Israel sanggup nak mengadakan hubungan yang baik tapi dalam masa yang sama mengenakan tindakan keras sesama negara-negara Islam,” ujarnya menyesali keadaan tersebut


Tiada ulasan: