HALAMAN SANTAI

Isnin, 12 Jun 2017

Kelemahan penguatkuasa maritim di lautan negara

 RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH





Insiden "kehilangan" kapal ronda pihak penguatkuasa Maritim Malaysia di Sedili tempoh hari semasa cuba menahan nelayan Vietnam yg mencerobohi perairan Malaysia menimbulkan banyak tanda tanya.

Bagaimana bila berhadapan dengan hanya nelayan Vietnam mereka boleh "hilang" ?

Tidak mungkin mereka begitu lemah. Berita dari sumber "dalaman" yang bolih dipercayai menyatakan kebanyakan kapal serta boat ronda Malaysia begitu usang berusia lebih dari 40 tahun sehinggakan senang rosak.

Sudahlah kapal usang selalu bermasalah, radio alat komunikasi pun senang rosak hingga tidak bolih memanggil bantuan dalam situasi kecemasan. Itu lah sebabnya mereka dilaporkan hilang.

Bagaimana pula jika mereka berhadapan dengan Navy tentera negara asing yang bersenjata dan beralatan canggih ?

Inilah realiti yg sudah lama di hadapi pihak keselamatan Maritim Malaysia. Berita yg sudah lama kita ketahui adalah peruntukan minyak untuk rondaan pun tidak cukup.

Saya minta pihak Kerajaan Malaysia memberi penjelasan isu ini yg datangnya dari sumber dalaman yang sudah tidak tahan lagi bertugas dalam keadaan serba berkurangan dan yg merbahayakan Negara dan diri anggota sendiri.

Insiden kehilangan bot KD Perdana dari Tentera Laut Di Raja Malaysia(TLDM), sepatutnya membuka mata kerajaan dan rakyat Malaysia tentang besarnya situasi masalah pencerobohan Nelayan rakyat asing, khususnya dari Vietnam.

Beberapa hari selepas itu pada hari Rabu pula, akhbar Straits Times Singapura pula menyiarkan berita utama tentang pertembungan diantara Navy Indonesia dan Vietnam semasa Navy Indonesia cuba menangkap nelayan Vietnam yang menceroboh perairan Indonesia. Seorang anggota Navy Indonesia telah di ambil sebagai tebusan oleh pihak berkuasa Vietnam dalam insiden tersebut.

Saya menggesa Kerajaan Malaysia mengambil perhatian serious keselamatan nelayan kita menghadapi ancaman dari nelayan Vietnam. Insiden di Sedili adalah contoh terkini walaupun masalah ini sudah lama belarutan.

Insiden- insiden tersebut sepatutnya membuka mata Kerajaan Malaysia dengan lebih luas lagi. Nelayan Sedili telah menyatakan masalah pencerobohan nelayan asing telah berlaku begitu lama, seperti juga di Terengganu yang pernah saya lapurkan.

Soalannya kenapa tidak ada tindakan yang tegas seperti sepatutnya di ambil oleh pihak berkuasa
Kerajaan ? Kalau pihak berkuasa Indonesia sanggup lebih tegas berhadapan dengan pihak Vietnam demi kebaikan rakyat Indonesia, dimana kesungguhan Malaysia dalam isu isu ini ? Kawalan perairan Malaysia amat lemah.

Ada sumber dalaman kuatkuasa lautan Malaysia menyatakan peruntukan minyak untuk rondaan pun tidak cukup dan Menteri Pertanian kita pula rasa memadai acara menambah tukun dilaut sudah cukup untuk selesai masalah nelayan yang jauh lagi luas dan rumit ini. Ini menunjukkan dangkalnya pemikiran serta usaha untuk betul-betul berhadapan masalah yang lebih besar dan serius ini.

Kalau TLDM kita dan pihak berkuasa Navy Indonesia pun bergelut hebat dengan pihak Vietnam, apalah harapan nelayan kita berhadapan bersendirian ancaman luar. Kerajaan tidak memandang serius situasi di laut kita.

Saya menuntut jawapan dan penyelesaian jangka masa panjang di rangka oleh Kerajaan. Masalah utamanya adakah kerajaan betul betul mempunyai kesungguhan azam politik- political will, untuk mengambil langkah langkah yang sewajarnya ?

Bekas Jeneral Malaysia Datuk Arshad Raji pernah menyatakan baru baru ini kelemahan ketara pertahanan Negara. Cukuplah dengan acara acara simbolik yang menghabiskan duit serta masa ini.

Tiada ulasan: