HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Jun 2017

Lans Koperal didakwa sembunyi maklumat keganasan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang polis berpangkat Lan Koperal berusia 30 tahun berdepan dengan hukuman mahkamah atas tiga tuduhan, termasuk menyembunyikan maklumat mengenai keganasan.
 
Hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan mengarahkan Lans Koperal Mustaza Abdul Rahman untuk membuat pembelaan terhadap tiga tuduhan tersebut kerana pihak pendakwa telah membuka kes prima facie terhadapnya.
 
"Tertuduh gagal memberi maklumat (keganasan) kepada pegawai atasannya. Seorang pakar berkata, bai'ah (ikrar kesetiaan) adalah bukti sokongan terhadap kumpulan militan," kata hakim.
 
Tertuduh didakwa memberikan sokongan ke atas aktiviti keganasan melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niat untuk menyebarkan ideologi menerusi aplikasi Telegram.
 
Kesalahan itu dilakukan di Unit G7-1-1 Blok Iksora, Pangsapuri Polis Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, antara 28 dan 29 Jun tahun lepas.
 
Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa mempunyai maklumat mengenai kesalahan yang berkaitan dengan keganasan tetapi menyembunyikan maklumat tersebut daripada pegawai atasannya sedangkan dia diwajibkan berbuat demikian oleh undang-undang.
 
Suspek didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama antara April dan 29 Julai 2016.
 
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan militan Daesh dengan mengesahkan kesetiaannya (bai'iah) menerusi aplikasi Telegram dalam  kumpulan sembang, "Gagak Hitam".
 
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat yang sama pada pukul 12.25 pagi, 30 Mac 2016.
Mahkamah menetapkan 24 dan 25 Julai untuk sebutan kes.
 
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Faizal Rahman.
 
 

Tiada ulasan: