HALAMAN SANTAI

Isnin, 19 Jun 2017

Lima pelajar kolej warga asing ditangkap edar dadah


ISMA WEB
 



KUALA LUMPUR – Polis menahan lima pelajar kolej warga asing selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, tangkapan dibuat dalam empat serbuan berasingan bermula kira-kira jam 5.50 petang yang dijalankan di sekitar daerah Wangsa Maju, di sini, Jumaat lalu.

Dalam serbuan terbabit, pihaknya telah menangkap sembilan individu berusia lingkungan 25 hingga 39 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati lapan daripada mereka adalah warga Nigeria dan seorang lagi warga Uganda.

“Semakan mendedahkan lima suspek ini adalah pelajar daripada dua kolej yang berbeza dalam bidang jurusan bahasa serta multimedia.

“Kita akan siasat penglibatan pelajar ini berikutan siasatan awal dapati ahli sindiket ini telah berada di Malaysia sejak tiga tahun lalu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Belia memaklumkan, pihaknya telah merampas satu kilogram dadah disyaki syabu yang dibawa masuk dari China dengan harga dianggarkan bernilai RM100,000.

Siasatan masih dijalankan bagi mengesan saki-baki individu yang terlibat dalam sindiket ini.

“Kesemua suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959,” katanya.


Tiada ulasan: