HALAMAN SANTAI

Rabu, 14 Jun 2017

‘Lita Ari nama saya’


‘Lita Ari nama saya’
Lita menunjukkan kad pengenalannya yang tertera nama Lita Ari yang mudah diingati semua orang.
 

KEDENGARAN nama Lita Ari umpama satu nama komersial yang sesuai dalam industri hiburan ataupun satu jenama produk pakaian dan tudung yang mampu menarik perhatian umum.

Tetapi, empunya nama ini tidak pernah sekali pun terlintas di minda untuk mempatenkan nama itu sebagai jenama produk.

“Setiap kali orang tanya nama, saya terus sebut Lita Ari... tapi mereka ingat saya main-main dan sengaja bagi nama manja. Hakikatnya, itulah nama penuh saya,” kata Lita, 38 yang merupakan seorang pengusaha taska di Bera, Pahang.

Menurutnya, walaupun namanya pendek dengan hanya dua suku kata, namun secara tidak langsung turut membawa tuah kepadanya kerana melalui namanya itu, dia mudah diingati semua orang.

Katanya, bukan dia sahaja diberikan nama pendek oleh bapanya, tetapi semua adik-beradik juga begitu.

Katanya, mereka pernah bertanya kepada bapanya, mengapa hanya meletakkan nama yang pendek dan pelik pada mereka, walhal, rakan-rakan yang lain (pada ketika itu) memiliki nama yang panjang malah lebih dari dua nama.
Lita yang juga dikenali sebagai Ummi Lita oleh anak-anak di taska ini melayan setiap kerenah anak-anak di sini.
“Liza, Azli dan Azni... itulah nama adik-beradik saya. Memang abah sengaja letak nama pendek. Sesuai dengan namanya yang pendek juga. Abah cakap, kalau letak nama panjang nanti jadi lagi pelik pula.

“Lagipun, dulu-dulu orang suka letak nama anak ikut nama orang yang terkenal. Macam kakak saya, abah letak Liza sebab pelakon Liza Abdullah terkenal masa tu. Dan saya, abah letak nama sempena nama artis luar negara, Lita Ford,” katanya.

Dan secara kebetulan, dia dilahirkan dengan rambut berwarna perang, seolah-olah sama dengan rambut Lita Ford yang merupakan salah seorang artis kegemaran bapanya pada ketika itu.

Jika dulu, masyarakat Melayu menganggap ia kenan sedangkan, berdasarkan pemeriksaan doktor, Lita mengalami masalah kekurangan cecair tertentu menyebabkan rambutnya tidak berwarna hitam sepenuhnya.

Katanya, sememangnya dia langsung tidak pernah mendengar mengenai artis itu, tetapi mengambil inisiatif mencari maklumat mengenai Lita Ford untuk melihat keistimewaan dia sehingga bapanya boleh meletakkan namanya sempena artis itu.

Lita berkata, semasa di sekolah, seorang ustazah memberikan nama tambahan memandangkan nama Lita tidak mempunyai sebarang maksud dalam bahasa Arab.
Lita bersama empat anaknya yang turut mempertikaikan namanya yang terlalu pendek bagi mereka.
“Ustazah panggil saya Lita Effah. Effah bermaksud orang yang tinggi darjatnya atau bermaruah. Jadi, sepanjang masa sekolah sampai ke kolej, saya lebih dikenali dengan nama Effah.

“Tetapi, sekarang ni, saya lebih selesa dengan nama Lita walaupun ada yang anggap pelik, malah ada juga yang mempertikai nama saya termasuk anak-anak,” katanya.

Lita berkata, bagi memastikan anak-anaknya tidak mengalami perasaan yang sama berkaitan hal nama ini, dia dan suami, Shuhani Shuib, 38, meletakkan nama yang mempunyai maksud yang indah kepada empat anaknya

Tiada ulasan: