HALAMAN SANTAI

Selasa, 13 Jun 2017

MCA Selangor nafi terima RM10 juta daripada Najib

MALAYSIAKINI


Bendahari MCA Selangor Datuk Loo Kooi Thiam menafikan dakwaan bahawa partinya menerima RM10 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata tidak ada rekod transaksi dalam penyata bank MCA Selangor dan ini menunjukkan bahawa parti itu tidak menerima wang seperti yang didakwa itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Loo membidas ADUN Kuala Kubu Baru, Lee Kee Hiong (foto, kanan) kerana membuat dakwaan itu hanya berdasarkan sebuah artikel di dalam Sarawak Report.

Ini adalah fitnah yang dilemparkan kepada MCA Selangor, katanya.

"Dakwaan Lee adalah fitnah yang tidak berasas, yang menjejaskan reputasi MCA Selangor," kata Loo.

Beliau juga membidas pemimpin DAP itu yang mengamalkan "taktik politik longkang kebudak-budakan".

Beliau mengingatkan Lee dan pemimpin DAP Selangor yang lain supaya meningkatkan taraf hidup rakyat, dan bukannya menyerang MCA, yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat.

Lee membuat laporan polis pada 8 Jun supaya dakwaan seperti yang dilaporkan di dalam laman web pemberi maklumat itu disiasat.

Tiada ulasan: