HALAMAN SANTAI

Isnin, 12 Jun 2017

Menteri: Laporan bedah siasat kaki Thaqif diketahui dua minggu lagi

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA SELANGOR: Laporan bedah siasat kaki pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia April lepas akan diketahui dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.
 
Beliau berkata ia kerana Hospital Sultan Ismail sedang melakukan siasatan kedua selepas meneliti laporan bedah siasat kaki pelajar berkenaan.
 
Dr Subramaniam berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pusat khidmat bagi Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) cawangan Ijok, di sini semalam.
 
Mohamad Thaqif Amin, 11 yang kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang didakwa kesan dipukul pembantu warden asrama sekolah tahfiz berkenaan meninggal dunia pada 26 April lepas.
 
Beliau dimasukkan ke hospital kerana kesihatannya merosot selepas dibawa keluar dari sekolah tahfiz di Kota Tinggi itu pada 31 Mac.
 
Polis menahan pembantu warden lelaki berusia 29 tahun tersebut untuk membantu siasatan, bagaimanapun dia dibebaskan pada 3 Mei lalu dengan jaminan bon mahkamah RM20,000.
 
Jumaat lepas, media melaporkan keluarga Thaqif mempersoalkan tindakan pihak yang berkenaan apabila tiada bedah siasat dilakukan terhadap kaki kanak-kanak itu pada peringkat awal siasatan kematian.
 
Keluarga turut mendakwa belum menerima sebarang laporan bertulis berhubung prosedur rawatan dan pembedahan sepanjang kanak-kanak tersebut ditempatkan di HSI bermula 19 April lepas.
 
 

Tiada ulasan: