HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Jun 2017

Mungkin Tiga Exco Armada Itu Ada ‘Contact’ Dengan Raja Petra -Syed Saddiq






 Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman menuduh tiga exco Armada sebagai ‘menjual diri’ apabila bersedia nama mereka dipergunakan oleh pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkaitan isu serangan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sedia maklum sebelum ini dah ada pemimpin Armada yang jual maruah diri, mungkin ada ‘contact’ dengan Raja Petra. Tiba-tiba lepas ni akan kata betul Saddiq ada maklumkan, sedangkan ketiga-tiga ini yang paling bermasalah untuk hadir mesyuarat dan sebagainya.

“Tiga exco Armada ini banyak kali tidak hadir, panggilan telefon tak jawab. Banyak juga diberi peluang secara terbuka dan tertutup untuk bertanya kepada pimpinan berkenaan serangan mereka terhadap parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Saddiq berkata demikian sebagai menjawab pendedahan RPK yang menyatakan Ketua Armada itu memberitahu tiga exconya berkaitan perancangan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tun Daim Zainuddin untuk menghidupkan semula isu IMDB dengan menggunakan serangan daripada pihak luar negara.

Tiga exco Armada yang dimaksudkan itu ialah Hafiz Azhar, Taufiq Abbas dan Abdul Wahazir Abdul Wahabi.

Walau bagaimanapun, menurut Syed Saddiq, pihak Armada tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka buat masa ini, sebaliknya menunggu proses lembaga disiplin parti.

“Walaupun mereka buat begitu, pada saya mereka tetap kawan saya, saya tahu keperitan hidup mereka terutama dari segi kewangan. Tapi maaflah memang dalam PPBM kita tidak bagi elaun, semua guna duit sendiri,” katanya.

Semalam, AIDCNews menyiarkan pendedahan RPK yang mendakwa Syed Saddiq telah memberitahu kepada tiga exconya bahawa Daim membelanjakan RM50 juta untuk menjayakan serangan DoJ terhadap IMDB yang sebahagiannya telah dibayar kepada Yayasan Clinton di Amerika Syarikat.

Tiada ulasan: