HALAMAN SANTAI

Sabtu, 10 Jun 2017

Najib enggan komen saman pemula Anwar

MALAYSIAKINI
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas berhubung saman pemula Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kesalahan liwat terhadapnya hari ini.

"Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berkaitan kes undang-undang," katanya.

Beliau diminta mengulas tindakan ketua umum PKR itu memfailkan saman itu hari ini berikutan wujud dakwaan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai ketua pendakwa raya menerima RM9.5 juta daripadanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Kuala Lumpur.

Dalam saman pemula hari ini, Anwar yang menamakan kerajaan sebagai defendan tunggal memohon pengisytiharan bahawa sabitan kesnya tidak sah dan ultra vires atau di luar bidang kuasa perlembagaan mengenai kebebasan.

Peguam N Surendran berkata, dakwaan Shafee menerima wang yang banyak itu daripada Najib menunjukkan Anwar dinafikan hak mendapat perbicaraan yang adil.

Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan laporan Sarawak Report itu.

Najib sebelum ini berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: