HALAMAN SANTAI

Ahad, 11 Jun 2017

Najib pelawa rakyat M’sia kongsi aspirasi agama, rohani

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Setelah beberapa siri dialog diadakan untuk mengumpul pandangan bagi merealisasikan Transformasi Nasional 2050, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa rakyat Malaysia berkongsi aspirasi dari aspek keagamaan dan kerohanian.

Najib berkata beliau telah berpeluang bertemu dan berdialog dengan penjawat awam dari pelbagai kementerian, mahasiswa, golongan belia serta penggiat seni untuk tujuan yang sama.

“Pada bulan Ramadan yang mulia ini ada baiknya kita berkongsi aspirasi pula dari sudut keagamaan dan kerohanian kerana ia penting dalam pembentukan peribadi, seterusnya pembangunan sahsiah dan identiti negara.

Anda boleh kemukakan cadangan atau aspirasi anda melalui laman Facebook dan Twitter saya, atau menulis e-mel kepada najib@najibrazak.com dengan tajuk #TN50,” katanya dalam catatan di laman Facebook hari ini.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.

Semasa membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada Oktober 2016, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan menggerakkan siri wacana nasional ke arah membentuk TN50.–Bernama

Tiada ulasan: