HALAMAN SANTAI

Isnin, 12 Jun 2017

Nak jadi samseng, belajar dari saya, pesan Nazri pada Menteri Sarawak

Mohd Haizal Yatiran
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz melihat pelbagai jenis makanan yang dipamerkan oleh Persatuan Usahawan Food Truck Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika hadir pada program Iftar @ KL di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR,
 

KUALA LUMPUR – Kebimbangan terhadap mekanisme cukai pelancongan yang diutarakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya dan Sukan Sarawak sebelum ini, disifatkan sebagai cubaan ‘berlagak samseng’.
 
Antara yang diutarakan oleh Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah termasuklah aliran daripada kutipan cukai pelancongan yang bakal dilaksanakan kelak, sama ada ia sampai kepada kerajaan negeri atau tidak.
 
Ketika ditemui pemberita, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan bahawa apa-apa cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan, ianya akan disalurkan kembali kepada kerajaan negeri seperti lazimnya.
 
“Apabila dia kata ni state list, kita tak berhak, tak berhak apa? Untuk mengelak daripada orang keliru maka kita jadikan cukai persekutuan. Bila jadi cukai persekutuan apa benda bangkit soal kita rampas hak Sarawak, tak bangkit benda ni.
 
“Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. Jumpa saya, saya pun menteri BN, bukan setahun dua, banyak tahun dah. Apa-apa hal kita sama-sama kerajaan.
 
“Kalau nak kira dari segi bilik sewa, jumlah bilik di Semenanjung 75 peratus, Sabah Sarawak baru 25 peratus jadi, nak cakap besar apa? Banyak duit yang kena cukai di Semenanjung, duit inilah yang kita akan agih ke Sabah dan Sarawak. Jadi janganlah nak sombong sangat, baru jadi menteri Karim ni. Awak budak lagi dari segi jadi menteri jagan tunjuk lagi,” katanya.
 
Beliau menyatakan demikian selepas program Iftar @ KL di Dataran Merdeka.
 
Justeru, Nazri mengingatkan Karim supaya mempelajari selok-belok politik terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau tindakan.
 
“Dalam politik ni jagan cakap besar, awak cakap besar, awak nak tunjuk samseng kita lebih samseng lagi. Saya takkan benarkan dia bercakap samseng begitu. Saya menteri dah lama, kalau tak faham jumpa saya dulu dan tanya.
 
“Jangan baru jadi menteri, (sudah) jadi samseng, Nak belajar jadi samseng belajar dengan saya,” katanya dengan berseloroh.-MalaysiaGazette
 
 

Tiada ulasan: