HALAMAN SANTAI

Isnin, 12 Jun 2017

Nazri-Karim boleh duduk semeja, bincang elok-elok, kata Khairy

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SIMUNJAN: Pertelingkahan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah perlu diselesaikan atas semangat setiakawan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
 
Beliau juga percaya kedua-dua tokoh terbabit boleh duduk semeja untuk berbincang secara baik.
 
“Dalam BN kita ada prinsip musyawarah, kita ada prinsip setiakawan, prinsip konsensus… tak perlu isu ini dipanjangkan di media,” kata menteri belia dan sukan itu kepada pemberita sebelum mengetuai larian obor Sukan SEA 2017 peringkat Samarahan di Jambatan Batang Sadong, Simunjan petang ini.
 
Mengulas perkara itu, Karim berkata beliau juga tidak mahu isu tersebut dipanjangkan.
 
“Tak perlulah (ulas lanjut) Yang Berhormat Khairy dah katakan tadi selesaikan dengan cara baik. Bagi diri saya itu tidak jadi masalah dalam bulan Ramadan tidak perlu melenting-lenting,” katanya
 
Ditanya mengenai keputusan kerajaan Sarawak untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam lembaga pelancongan Putrajaya, Karim berkata keputusan itu lama dibuat dan bukan disebakan pertelingkahan tersebut.
 
 

Tiada ulasan: