HALAMAN SANTAI

Rabu, 7 Jun 2017

Objek terbang tembusi cermin kereta


Objek terbang tembusi cermin kereta
Keadaan cermin kereta Nur Syakirah selepas dilontar batu oleh pemandu tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke Kampung Batangan.
 
 
MARANG - Seorang pemandu kereta dan ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya secara tiba-tiba dilontar dengan batu ketika dalam perjalanan menuju ke Kampung Batangan di sini, semalam.

Mangsa, Nur Syakirah Ramli, 23, berkata, kejadian terbabit dipercayai berlaku di kawasan Gong Tepas lebih kurang jam 9.30 pagi setelah bertolak dari rumahnya membawa bersama empat ahli keluarganya sejam sebelum kejadian.

Menurutnya, ketika berada di lokasi, secara tiba-tiba sebuah kereta Proton Saga memotong juga seperti mahu menghimpit dan kemudiannya pemandu sebuah kereta jenis Honda yang berada laluan bertentangan melontarkan batu.
 
Akibat balingan batu itu, cermin kereta bahagian hadapan Nur Syakirah pecah sementara seorang ahli keluarganya tercedera apabila batu yang menembusi cermin itu mengenai bahagian lutut adiknya di bahagian penumpang belakang.

“Sebelum itu, saya lihat dia mengeluarkan tangan, ingat dia mahu buang sampah tetapi tiba-tiba lihat objek terbang menuju ke arah cermin sehingga cermin pecah dan kemudiannya mengenai tangan saya dan bahu mak saudara.

“Saya tidak pasti mereka (pemandu Proton Saga dan Honda) ada kaitan atau tidak namun, setelah meneruskan perjalanan selepas berhenti seketika, saya nampak pemandu Proton Saga yang memotong itu berada di kawasan semak,” katanya.

Nur Syakirah berkata, apabila tiba di lokasi dituju di kampung Batangan namun masih lagi dalam keadaan ketakutan dia menghubungi pihak berkaitan bagi mendapatkan bantuan sebelum sebuah ambulan termasuk anggota polis tiba.

“Saya kemudiannya diminta untuk membuat laporan mengenainya di Balai Polis Marang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi Sinar Harian hari ini, mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.

Tiada ulasan: