HALAMAN SANTAI

Jumaat, 16 Jun 2017

Pantau Kongsi Gelap Biaya Parti Politik – Zahid



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengarahkan polis memantau kegiatan pembiayaan kumpulan kongsi gelap ke atas parti politik tertentu di Pulau Pinang.
 
Zahid berkata, sebagai permulaan polis perlu membanteras kegiatan perjudian haram yang menjadi sumber kepada ‘tauke besar’ menyalurkan wang haram bagi tujuan pembiayaan politik terutamanya ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin hampir.

“Untuk Pulau Pinang, masalah perjudian adalah jenayah yang paling tinggi. Justeru, saya minta Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye fokus untuk selesaikan aktiviti ini.

“Lebih khuatir lagi, ada dalam ‘tauke besar’ ini melakukan pembiayaan kepada parti politik tertentu.

“Oleh sebab itu, kita perlu hapuskan aktiviti perjudian di Pulau Pinang,” katanya ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Masjid Daerah Barat Daya di Pulau Pinang, semalam.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: