HALAMAN SANTAI

Selasa, 13 Jun 2017

Pelajar tahfiz jalani pembedahan betulkan tulang belakang

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Pelajar tahfiz yang parah dalam kemalangan maut dua minggu lalu, Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd Izahir, 17, menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pagi tadi bagi prosedur membetulkan tulang belakangnya.
 
Muhammad Faiz merupakan salah seorang aripada 14 warga Maahad Tahfiz Al-Hashimi yang terlibat dalam kemalangan van terbabas yang di Kampung Telekong, Kuala Krai sehingga meragut tujuh nyawa, awal bulan ini. 
 
Menurut ayahnya, Mohd Izahir Kassim, 49, pembedahan bagi memasukkan skru atau alat untuk mengikat tulang belakang anaknya yang patah di dua tempat itu dijangka memakan masa enam jam.
 
“Doktor sebut tadi insya-Allah pembedahan ini akan berjaya.
 
“Sepatutnya pembedahan dibuat lebih awal kerana mahu mengelak risiko lumpuh tetapi keadaan anak saya tidak stabil sebelum ini.
 
“Malah semalam pun dia demam tetapi syukurlah hari ini dia cukup stabil untuk pembedahan dan pihak doktor pun tidak mahu menangguhkan lagi kerana bimbang risiko jangkitan kuman,” katanya dipetik Utusan Online.
 
Justeru, beliau berharap orang ramai mendoakan agar pembedahan tersebut berjalan lancar dan keselamatan anaknya.
 
Dalam insiden pada 2 Jun lalu, tujuh pelajar maut selepas van yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh sebuah rumah. 
 
Kemalangan itu juga menyebabkan lima lagi pelajar tahfiz termasuk Muhammad Faiz, dan dua guru pengiring parah. 


Tiada ulasan: