HALAMAN SANTAI

Sabtu, 17 Jun 2017

Pertumbuhan ekonomi negara memberangsangkan - PM

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan mampu merangsang perkembangan ekonomi memberangsangkan iaitu 5.6 peratus bagi suku pertama tahun ini, walaupun berdepan pelbagai cabaran di peringkat global.
 
Perdana Menteri berkata, ramai pihak tidak menilai kejayaan kerajaan menangani cabaran seperti kejatuhan harga minyak dan ketidakstabilan pasaran ekonomi serta perubahan dasar Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan.
 
"Bagaimanapun, di sebalik itu ekonomi Malaysia masih sihat dan mapan. 
 
"Ia turut memberi keuntungan kepada syarikat yang akhirnya membayar zakat untuk membantu golongan memerlukan dan asnaf," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian zakat dan bantuan kepada asnaf serta penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, hari ini.
 
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, turut menerima pembayaran zakat berjumlah RM2.63 juta oleh 10 organisasi dan syarikat korporat untuk diagih kepada 6,300 penerima dalam Parlimen itu.
 
Bank Rakyat, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Sapura Holdings masing-masing menyerahkan zakat berjumlah RM500,000 manakala Naza Corporation (RM280,000), Road Care Malaysia Berhad (RM250,000) dan Uda Holdings (RM200,000). Tabung Haji, SME Bank Berhad dan Wekajaya Sdn Bhd pula masing-masing menyerahkan zakat berjumlah RM100,000, diikuti Affin Islamic Bank (RM50,000) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (RM50,000).
 
 

Tiada ulasan: