HALAMAN SANTAI

Selasa, 13 Jun 2017

Rara DAP kecam netizen gelarnya pelacur, iblis

MALAYSIAKINI



Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman hari ini mengecam netizen yang menganggunya dengan komen-komen berbaur lucah dan kesat.

Ini selepas anggota Majlis Perbandaran Kajang yang lebih dikenali sebagai Rara itu memuat naik video klip di Facebook mengenai lawatannya ke Bazar Ramadan Cheras, Ahad lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Rara berkata beliau menyiarkan video itu untuk menunjukkan penerimaan penduduk di Cheras yang melayaninya dengan baik, berbanding anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Bagaimanapun, Rara berkata sebahagian netizen memilih untuk memberikan komen lucah terhadapnya, sementara ada yang menuduhnya mengkhianati Melayu dengan menyertai DAP.

Rara memuat naik cetakan skrin pada komen berkenaan di Twitter yang menggelarnya sebagai "pelacur Melayu" dan "iblis".


Aku malas amik peduli tapi aku rasa makin dibiarkan makin membiak perangai alim bodoh lelaki-lelaki mcm ni.
Lol aku pakai baju kurung pun kena komen gini. Kesian wey lelaki-lelaki mcm ni. pic.twitter.com/gHGbRVswqv
View image on Twitter View image on Twitter View image on Twitter View image on Twitter

"Aku pakai baju kurung pun kena komen begini. Kesian weh lelaki-lelaki macam ni," kata Rara di Twitter.

Ahli politik berusia 28 tahun itu mengakui beliau biasa menerima komen lucah dan negatif dari netizen, tetapi menyangka ia tidak akan berlaku semasa bulan Ramadan.

"Isu seperti sexual harassment, rogol dan sebagainya harus diambil berat. Ahli politik wanita paling kerap menerima gangguan seksual dan ugutan rogol dan lain-lain. Perkara seperti ini amat menyedihkan kerana mentaliti yang sangat rendah pada masyarakat hari ini," katanya.

Beliau menyeru supaya wanita Malaysia bersuara dalam isu ini bagi menghalang kejadian yang sama berlaku dan membantu mangsa gangguan seksual lain.

Syefura, bagaimanapun, tidak merancang untuk membuat laporan polis.

Sabtu lepas, Liew dihalau keluar dari bazar Ramadan Bandar Kluang ketika mengedarkan kurma kepada para pengunjung di situ.

Ia adalah kali kedua Liew dihalau dari bazar yang sama, dan kali pertama berlaku pada tahun 2014.


Tiada ulasan: