HALAMAN SANTAI

Isnin, 19 Jun 2017

Rosmah Permata Berharga Negara, Kebal Daripada Undang - Undang ?

 
 Oleh Ahmad Nizam Hamid

Saya ambil maklum mengenai kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial yang kononnya berkaitan serangan palsu dan berniat jahat.

Adakah duit untuk membayar kos guaman Rosmah Mansor menggunakan duit daripada kerajaan?

Tindakan seumpama ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah dan permasalahan akar (root cause) seharusnya diselesaikan terlebih dahulu dengan pelbagai dakwaan yang telah mencemar imej negara sejak akhir-akhir ini.

Nama Malaysia sekali lagi 'mekar' di mata dunia apabila Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa isteri MO1 telah menerima barangan kemas bernilai RM128 juta daripada duit 1MDB.
Adakah tindakan Rosmah Mansor ini membuatkannya'tidak senang duduk'? Adakah Rosmah Mansor yang dimaksudkan sebagai isteri MO1?

Adakah terdapat cubaan untuk berselindung melalui penafian dan ugutan yang semata-mata hanya mahu menghentikan suara rakyat meskipun sesuatu perkara itu benar?

Kemajuan teknologi semasa terutamanya media sosial telah membuatkan orang ramai untuk menyampaikan pemikiran, maklumat dan pelbagai isu. Rakyat kini sudah jemu dengan media Umno BN yang 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun yang seringkali memburuk-burukkan malah memfitnah pembangkang sahaja. Itu boleh pula dilakukan?

Bukankah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah mewujudkan satu portal 'Sebenarnya.my' bagi meneliti berita yang tidak pasti kebenarannya. Apa lagi hendak ditakutkan oleh kerajaan Umno BN?

*Ahmad Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang,Parti KEADILAN Rakyat
 
 

Tiada ulasan: