HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Jun 2017

Saya letak jawatan demi kebaikan FGV, kata Isa Samad

THE MALAYSIAN INSIGHT
Saya letak jawatan demi kebaikan FGV, kata Isa Samad
Bekas pengerusi Felda Global Ventures Isa Samad hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya, pagi ini bagi membantu siasatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari
 
KEPUTUSAN melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dilakukan demi kebaikan syarikat itu, kata Isa Samad.

Menurut beliau, langkah itu diambil selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Najib Razak dan bagi memastikan syarikat itu tidak terlibat dalam sebarang polemik, sebagaimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Semasa perbincangan, ada cadangan agar meletakkan jawatan dan saya menerimanya. Saya tidak ada masalah (meletak jawatan). Ini adalah penyelesaian paling tepat kerana FGV mempunyai potensi yang baik. Jika kurang kenyataan negatif dikeluarkan, lebih baik bagi syarikat.

"Krisis FGV sedang dikaitkan dengan politik, beberapa pihak cuba mengeksploitasi perkara itu dan ia akan memberi kesan buruk. Ramai hanya berminat dengan cerita yang tidak berkaitan dengan isu syarikat. Ini hanya akan menjejaskan perniagaan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Senawang, semalam.

Pada Isnin, Isa secara sukarela meletakkan jawatan dan Sulaiman Mahbob dilantik mengantikannya.
Isa dan isterinya, Bibi Sharliza Mohd Khalid kini berada di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk diambil kenyataan mereka.

SPRM sedang meneliti dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah di FGV selepas ketua pegawai eksekutifnya, Zakaria Arshad dan tiga eksekutif syarikat kanan lain digantung sementara menunggu audit dalaman mengenai perjanjian antara subsidiari FGV Delima Oil Products Sdn Bhd dan syarikat Safitex Afghanistan.

Zakaria bertindak balas dengan tuduhan rasuah dan kesalahan korporat di FGV dan kemudiannya ditemuramah oleh SPRM selama enam jam di Putrajaya.

SPRM kemudian menyerbu ibu pejabat FGV di mana mereka merampas fail dan dokumen syarikat pada awal bulan ini.

Tiada ulasan: